Program Minggu STEM SK Wira Minat Sains dalam Kalangan Murid
23 Julai 2025 | SK Wira Kuantan
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐈𝐍𝐆𝐆𝐔 𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐒𝐊 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐂𝐄𝐓𝐔𝐒 𝐌𝐈𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃
Sempena sambutan Minggu STEM peringkat sekolah di Sekolah Kebangsaan Wira , satu program khas dengan kerjasama Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dijalankan.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada murid tentang dunia Sains iaitu Kimia dan Fizik melalui aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, interaktif dan berasaskan eksperimen. Seramai lebih kurang 650 orang murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 termasuk murid pendidikan khas telah terlibat dalam program ini.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk *Letusan Gunung Berapi, PhCator, Ketumpatan, Molecule Lego, Power Rangers, Detektif Mikro, Projek Ikan Buntal, Projek Magnet dan Foam tastic yang memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri pengalaman menjalankan eksperimen seperti seorang saintis cilik.
Program ini memberi impak yang amat positif apabila murid menunjukkan keterujaan, rasa ingin tahu yang tinggi dan semangat kerjasama sepanjang sesi berlangsung. Pendekatan hands-on ini berjaya membina asas pemahaman yang kukuh serta mencetus minat terhadap bidang sains dalam kalangan murid.
Pihak sekolah menzahirkan penghargaan kepada pihak FSTI UMPSA atas kolaborasi ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan agar pembelajaran STEM terus diperkasa dan menjadi pemangkin kepada lahirnya generasi saintis masa hadapan.
#umpsasharing #umpsamalaysia #fistumpsa #fistumpsagemilang #jommasukfistumpsa #umpsa #tvet #stem