Majlis Anugerah Dekan, Kecemerlangan Siswa & Warga FSTI 2023
20 Disember 2023 (Rabu)telah berlangsung Majlis Anugerah Dekan, Kecemerlangan Siswa & Warga FSTI 2023 di Astaka, UMPSA Gambang. Majlis ini dihadiri oleh Barisan Pengurusan Tertinggi Fakulti, staf fakulti dan para pelajar yang diraikan. Majlis ini dirasmikan oleh Dekan Fakulti Sains Dan Teknologi Industri, yang berbahagia Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila Bt Ramli. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa progam dalam menjayakan penganjuran program ini yang sememangnya sangat penting dan signifikan dengan keperluan dan penghargaan kepada para mahasiswa, staf dan seterusnya barisan tenaga pengajar fakulti. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penerima anugerah yang terdiri daripada pelajar-pelajar dan staf FSTI yang cemerlang bagi tahun 2023.
Bagi Majlis kali ini, terdapat seramai 16 orang mahasiswa telah terpilih dari kesemua program dibawah Fakulti Sains Dan Teknologi Industri sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Siswa. 16 orang mahasiswa ini adalah terdiri daripada 15 pelajar prasiswazah dan seorang pelajar pascasiswazah. Mereka dipilih berdasarkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah diri.
Bagi kategori kecemerlangan staf, seramai 12 orang kakitangan FSTI telah terpilih untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Kategori Warga Kerja FSTI. Untuk makluman, penamaan calon adalah berdasarkan rubrik penilaian oleh 12 JKK di FSTI. Para penerima anugerah akan menerima pingat dan sijil penghargaan. Berikut adalah kategori anugerah yang diberikan iaitu Anugerah Pembangun Micocredential Terbaik FIST 2022, Anugerah Pencapaian Pembelajaran Teradun Terbaik 2022, Anugerah Pendukung Inisiatif Global Classroom Terbaik 2022, Anugerah Penasihat Prihatin, Anugerah Suluh Budiman, Top Cited Researcher Award, Highest Publishing Scholar Award, Research Grant Award, Anugerah Staf Sokongan (Teknikal) Cemerlang, Anugerah Jawtankuasa OSH dan Anugerah Peperiksaan dan IMS Terbaik. Selain itu, penghargaan juga diberikan kepada empat Sekretariat Conference anjuran Fakulti.
Semoga dengan adanya majlis penghargaan seperti ini akan memberi impak yang lebih positif kepada staf dan pelajar FSTI dalam meningkatkan kualiti dan semangat untuk lebih berdaya saing dan menyumbang kecemerlangan kepada fakulti.
Berita disediakan oleh Ts. Hairunnisa Osman, Ketua JKK Portal FSTI.