FIST UMPSA

News & Events

Webinar Sustainable Agri-Bioresource Innovations: Advancing Alternative Feed and High-Value Bio-Products for Environmental & Economic Resilience

Webinar Sustainable Agri-Bioresource Innovations: Advancing Alternative Feed and High-Value Bio-Products for Environmental & Economic Resilience

8 Ogos 2025 (Jumaat) - Hari ini telah berlangsung Webinar bertajuk "Sustainable Agri-Bioresource Innovations: Advancing Alternative Feed and High-Value Bio-Products for Environmental & Economic Resilience" yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) bersama Fakultas Peternakan dan Pertanian, Universitas Diponegoro (UNDIP), Indonesia.

Webinar ini menampilkan dua penceramah iaitu Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli, Dekan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA, membentangkan topik "Innovations in Agri-Bioresources: Sustainable Animal Feed, Medicinal Mushrooms, and Edible Bird Nest Bioprocessing".
Manakala Prof. Sugiharto, Dekan, Fakultas Peternakan dan Pertanian, UNDIP, berkongsi mengenai "Environmental and Economical Sustainability of Producing Alternative Feed Resources for Production Animals".

Program ini telah berjaya menghimpunkan peserta dari Malaysia dan Indonesia. Melalui sesi perkongsian ini, para peserta memperoleh pengetahuan terkini tentang inovasi dalam sumber bio pertanian yang mampan, bahan penghasilan makanan ternakan alternatif, serta potensi produk bio bernilai tinggi dalam meningkatkan daya tahan ekonomi dan kelestarian alam sekitar.

Program ini turut membuka peluang kerjasama penyelidikan antara UMPSA dan UNDIP dalam bidang pemakanan haiwan, teknologi biopemprosesan, pembangunan produk hijau dan lain-lain.

Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah meluangkan masa menyertai webinar ini. Sokongan dan penyertaan akan menjadi pemangkin kepada perkongsian ilmu dan kerjasama yang lebih erat di masa hadapan.

#UMPSA #UNDIP #AgriBioresource #Webinar #AlternativeFeed #BioProducts #SustainableAgriculture #ResearchCollaboration

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang