FIST UMPSA

News & Events

CO-LECTURE BSB3503 BIOMANUFACTURING: OVERVIEW OF BIOPHARMACEUTICALS MANUFACTURING PERKAYA PENDEDAHAN INDUSTRI

CO-LECTURE BSB3503 BIOMANUFACTURING: OVERVIEW OF BIOPHARMACEUTICALS MANUFACTURING PERKAYA PENDEDahan INDUSTRI

19 Mei 2025 – Satu sesi co-lecture bagi kursus BSB3503 Biomanufacturing bertajuk “Overview of Biopharmaceuticals Manufacturing” telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan penceramah jemputan industri, Madam Nor Faezah Esrakh, Associate Manager, QA-QMS dari Biocon Sdn. Bhd., Iskandar Puteri. Beliau mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang Quality Assurance (QA) dan Quality Control (QC) industri biofarmaseutikal.

Melalui sesi ini, pelajar didedahkan kepada gambaran menyeluruh proses pembuatan biofarmaseutikal merangkumi peringkat huluan, hiliran, serta sistem kawalan kualiti dan pematuhan regulatori. Perkongsian turut menekankan kepentingan Good Manufacturing Practice (GMP), Quality Management System (QMS), dokumentasi, pengurusan risiko, serta peranan QA-QMS dalam memastikan keselamatan, keberkesanan dan konsistensi produk.

Sesi ini berjaya menghubungkan teori bilik kuliah dengan amalan industri sebenar, sekali gus meningkatkan kefahaman, keyakinan dan kesediaan pelajar menghadapi cabaran industri biofarmaseutikal.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang