LATIHAN PENGURUSAN BERSEPADU HALAL DAN TOYYIB UNTUK KOMUNITI & USAHAWAN KUANTAN
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) melalui kerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) serta sokongan dana Geran Komuniti CDU UMPSA telah berjaya melaksanakan Program Latihan Pengurusan Bersepadu Halal dan Toyyib melibatkan 4 siri latihan bersama para pengusaha kedai makan dan penjaja kecil sekitar daerah Kuantan.
Program ini memberi fokus kepada:
✅ Pengenalan Konsep Halalan-Toyyiban (tuntutan dan pengekonomian)
✅ Asas Sistem Pengurusan Halal Bersepadu (untuk pengusaha kedai makan & penjaja)
✅ Persijilan Halal dan Kaedah Permohonan
Usaha ini diadakan bagi memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam meningkatkan kesedaran, kefahaman, dan kemahiran berkaitan halal, sekaligus menyokong para usahawan kecil untuk bersaing dalam industri makanan dengan lebih berdaya saing.
Penceramah UMPSA yang terlibat diketuai oleh:
👨🏫 Dr. Azizan bin Ramli (Fakulti Sains dan Teknologi Industri, FSTI)
👨🏫 Dr. Tuan Sidek bin Tuan Muda (Pusat Sains Kemanusiaan, PSK)
👩🏫 Prof. Madya Ts. Dr. Farhan binti Mohd Said (Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses, FTKKP)
👩🏫 ChM Dr. Nazikussabah binti Zaharudin (Fakulti Sains dan Teknologi Industri, FSTI)
UMPSA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada MBK dan peserta yang terlibat atas kerjasama yang erat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha bersama ini terus memberi impak positif kepada pembangunan komuniti halal di Pahang.