Lawatan Industri BSK3593 Environmental Chemistry ke IWK Shah Alam
28 Mei 2025 | Shah Alam
Lawatan Industri BSK3593 Environmental Chemistry ke IWK Shah Alam
Satu lawatan industri telah diadakan bagi Kursus BSK3593 Environmental Chemistry ke Loji Rawatan Air Kumbahan Indah Water Konsortium Sdn Bhd di Shah Alam pada 28 Mei 2025. Seramai 35 orang pelajar telah menyertai program lawatan industri ini diiringi oleh Pensyarah Kursus Dr. Tay Joo Hui dan Dr. Kamrul Fakir bin Kamarudin. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah bagi memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai sistem pengurusan dan teknologi rawatan air kumbahan yang diamalkan oleh IWK serta meningkatkan kefahaman pelajar tentang aplikasi prinsip kimia industri dalam proses rawatan air sisa dan kawalan pencemaran.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa