FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Industri kursus DRS2362 ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

Lawatan Industri kursus DRS2362 ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

 

2 Disember 2025 | IMR

Satu sesi lawatan industri kursus DRS2362 ke Institut Penyelidikan Perubatan telah diadakan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali untuk para pelajar Diploma Sains Industri yang sedang mengambil kursus Bioinformatics (DRS2362). Lawatan ini disertai oleh En Mohd Hairul bin Ab Rahim sebagai pensyarah pengiring dan 17 pelajar. Sesi lawatan dimulakan dengan lawatan ke makmal-makmal yang terletak di bawah Unit Genomik dan Bioinformatik bersama Puan Hamidah binti Akmal Hisham, Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan Kanser, IMR selama 2 jam. Selepas itu, satu taklimat ringkas diberikan oleh Puan Hamidah berhubung IMR dan Fasiliti Penggunaan Makmal selama 1 jam. Akhir sekali, sesi bergambar diadakan di hadapan Blok C1. Akhir sekali, Dr Ahmad Mahfuz bin Gazali memberikan cenderahati kenangan kepada Pn Hamidah manakala Pn Hamidah memberikan cenderahati kepada pensyarah pengiring, Dr Ahmad Mahfuz dan En Mohd Hairul. Lawatan tersebut berakhir pada jam 12 tengahari.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang