FIST UMPSA

News & Events

Sesi Co-Lecturing Bersama Industri Bagi Kursus MPS1193 Process Safety Management Semester I 2026/2027

Sesi Co-Lecturing Bersama Industri Bagi Kursus MPS1193 Process Safety Management Semester I 2026/2027

3 Disember 2025 – Sesi Co-Lecturing bersama Industri telah diadakan bagi Kursus MPS1193 Process Safety Management. Sesi bertajuk “Qualitative and Quantitative Risk Assessment (QRA)” telah disampaikan oleh Ir. Nimi Ahmad dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Beliau merupakan Chemical Health Risk (CHRA) Assessor, Safety and Health Officer (SHO) modules instruktor di NIOSH. Ir. Nimi juga merupakan Panel Penasihat Industri (AIP) bagi program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan di Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah. 

Sesi perkongsian ini telah dihadiri oleh Ts. Dr. Hanida Binti Abdul Aziz selaku pensyarah kursus dan para pelajar Sarjana Sains Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MPS). Sesi ini turut menarik minat pelajar prasiswazah yang sedang mengikuti kursus Process Safety serta pelajar pascasiswazah bidang OSH dari mod penyelidikan. Antara pengkongsian yang disampaikan adalah kejadian kemalangan letupan diloji yang berskala besar dan pengajaran serta penambaikan dari kejadian yang berlaku. Pelajar telah didedahkan dengan praktise semasa yang dilaksanakan diindustri berkaitan Qualitative and Quantitative Risk Assessment yang dilaksanakan di Malaysia khususnya dan peringkat global umumnya.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang