FIST UMPSA

News & Events

Mesyuarat bersama Panel Penasihat Industri bagi program MPS

Mesyuarat bersama Panel Penasihat Industri bagi program MPS

25 Jun 2025 -  Mesyuarat bersama Panel Penasihat Industri (IAP) bagi program Sarjana Sains Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diadakan pada 25 Jun 2025 bertempat di Mangala Estate Boutique Resort, Kuantan. Mesyuarat ini diadakan adalah bertujuan untuk mendapat input dari pihak industri supaya kandungan program khususnya setiap kursus adalah menepati keperluan industri.

Panel penasihat industri yang dijemput adalah Mohamad Nazlemin Mat Hasan dari ECRL dan Encik Rusli Mohamed dari DRB HICOM Sdn Bhd. Sesi mesyuarat ini telah dimulakan dengan sesi ucapan pembukaan oleh Dekan FSTI, PM Dr Aizi Nor Mazila Ramli menerangkan info berkenaan universiti dan fakulti dan diikuti sesi penerangan berkenaan program oleh Ketua Program Sarjana, Dr Nurlin Abu Samah. Seterusnya, sesi perbincangan dan diskusi yang mendalam berkenaan kandungan program juga telah disampaikan oleh penyelaras Program, Dr Junaidah Zakaria. Mesyuarat ini telah berjaya mendapat input yang dapat membantu program menuju ke arah kecemerlangan. Para pensyarah turut memberi input dan pertanyaan kepada panel berkenaan keberkesanan program dalam memacu keperluan industri. Mesyuarat berahir pada jam 12 tengah hari dengan sesi lawatan ke makmal yang dibantu oleh penerangan dari staf teknikal yang berdedikasi.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang