FIST UMPSA

News & Events

PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA (OUTBOUND) BERKREDIT KE UNIVERSITAS ‘AISYIYAH YOGYAKARTA (UNISA), INDONESIA

PROGRAM MOBILITI ANTARABANGSA (OUTBOUND) BERKREDIT KE UNIVERSITAS ‘AISYIYAH YOGYAKARTA (UNISA), INDONESIA

21 Mei 2025

Seramai 13 orang siswa dan siswi Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah menyertai Program Mobiliti Antarabangsa (Outbound) Berkredit ke Universitas ‘Aisyiyah Yogyakarta (UNISA), Indonesia. Program ini merupakan edisi kedua, selepas kejayaan penganjuran pertamanya pada tahun lalu, bagi pelajar yang mengikuti subjek BTK0037 Biolandscape secara atas talian anjuran UNISA.

Program ini berlangsung dari 21 hingga 24 Mei 2025, bertempat di Fakultas Sains dan Teknologi, UNISA, Yogyakarta. Ia diselaras oleh Dr. Nor Adila Mhd Omar selaku Penyelaras Program, bersama Dr. Nazira binti Mahmud, selaku Ketua Program Bioteknologi Industri, yang turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan pelaksanaan program ini.

Objektif utama program ini adalah untuk membuka peluang kepada pelajar UMPSA menambah nilai pengalaman akademik melalui akses kepada pendidikan bertaraf antarabangsa serta pendedahan kepada persekitaran pembelajaran luar negara yang unik dan dinamik.

Selain itu, program ini juga menyokong pembangunan sahsiah dan profesionalisme pelajar melalui pengalaman pembelajaran rentas budaya, sekali gus memperkukuh keupayaan mereka untuk menjadi individu yang berdaya saing dan berpandangan global.

Turut hadir mengiringi para pelajar ke KLIA ialah Ts. Dr. Muhammad Hafiz Mazwir, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, FSTI, UMPSA.

Pihak FSTI merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua peserta program. Semoga pengalaman berharga ini menjadi pemangkin kepada pertumbuhan akademik dan peribadi yang lebih cemerlang.

“Menjelajah Ilmu Merentas Sempadan, Membina Jati Diri Global”

Shahidatul

Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang