Program Mobiliti Pelajar OSH ke Universitas Indonesia Credit Earning Program, UI Creates 2023
Hits: 677
Seramai 16 orang Pelajar program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) sedang mengikuti program mobility kursus Ergonomik dan Industrial Hygiene di FKMUI (Universitas Indonesia Credit Earning Program, UI Creates 2023). Program ini berlangsung selama 10 hari yang bermula pada 6 Ogos sehingga 16 Ogos 2023 di Fakultas Kesehatan Masyarakat, Universitas Indonesia (FKMUI), Indonesia.
Selain wakil dari FSTI, UMPSA, terdapat juga penyertaan wakil pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga INJE university, Korea Selatan.
Berita disediakan oleh Ts. Hairunnisa Osman, JK Promosi Program Mobiliti