FIST UMPSA

News & Events

Program SULAM FSTI UMPSA x KV (P) Chenor

9 Disember 2025 | SULAM FIST

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐒𝐔𝐋𝐀𝐌 𝐔𝐌𝐏𝐒𝐀 × 𝐊𝐕 (𝐏) 𝐂𝐡𝐞𝐧𝐨𝐫

Program Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM) anjuran Program Diploma Sains Industri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif komuniti pendidikan melalui kolaborasi bersama Kolej Vokasional Pertanian Chenor.

Majlis pembukaan telah disempurnakan dengan ucapan oleh Puan Nurjannah binti Raffar, Timbalan Pengarah Akademik KV Chenor. Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi pengenalan daripada Pengarah Program SULAM, Dr. Shoriya Aruni binti Abdul Manaf. Turut hadir memeriahkan sesi pembukaan ialah En. Mohd Nazrol bin Hassan (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik), En. Zulkiflee bin Ghazali (Ketua Jaminan Kualiti), Pn. Nurul Farhana binti Pauzi (Ketua Program Bioteknologi), En. Mohd Taufik bin A. Malek (Penolong Ketua Program) serta En. Mohd Hafiezh bin Mohd Zamri (Penyelaras MoU Unit Bioteknologi). Pensyarah FIST UMPSA yang turut terlibat ialah Dr. Mohd Azwan bin Jenol, Dr. Hasmaliana binti Abdul Manas dan Dr. Aishah binti Mohd Marsin.

Program ini melibatkan 34 orang pelajar Tahun 2 Diploma DRS UMPSA serta 21 orang pelajar Kolej Vokasional Chenor Program Bioteknologi. Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi, peserta terlibat dalam sesi taklimat, perkongsian ilmu, aktiviti amali hands-on, perbincangan, refleksi dan soal jawab yang memberi pendedahan langsung kepada aplikasi sains industri dan bioteknologi dalam konteks pembelajaran berasaskan komuniti.

Dengan tajuk SULAM : Hands-on Sustainability: Food Waste Composting for a Greener Communityt, pelajar DRS yang mengambil kuus DS 2772: Current Issues in Science ini telah berjaya melaksanakan SULAM sebagai salah satu tugasan yang diambil kira di dalam pemakahan keseluruhan kursus. Ahli jawatankuasa terdiri daripada kalangan pelajar dan pemarkahan diambil kira sebagai final assessment.

Pelaksanaan SULAM ini bukan sahaja memperkukuh hubungan institusi pengajian tinggi dan pendidikan vokasional, malah menyokong pembangunan pembelajaran bermakna, pemindahan ilmu dan pemupukan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar sejajar dengan aspirasi pendidikan tinggi berimpak tinggi dan lestari.

Program telah berakhir pada jam 1.00 tengah hari diakhiri dengan sesi penutup dan penyampaian cenderahati.

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#StudyAtUMPSA

#jommasukfistumpsa

#fistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang