FIST UMPSA

News & Events

Sesi Co-Lecturing BSP2153: Material Science and Technology

Kuantan, 8 Disember 2025 – Sesi co-lecturing bagi kursus Material Science & Technology (BSP2153) telah berjaya diadakan di Mini Teater FIST dengan menampilkan seorang penceramah jemputan dari industri. Slot pembelajaran khas ini bertujuan memberi pendedahan mendalam kepada pelajar mengenai dunia sebenar aplikasi sains bahan.

Penceramah jemputan, Pn. Nurul Hidaya binti Mustafa, yang merupakan Laboratory Manager di MTA Laboratory Sdn. Bhd., telah membentangkan topik bertajuk "Crack, Cruel & Consequences". Sesi ini diadakan sempena pengajaran Chapter 4: Imperfection in Solid, selaras dengan silibus kursus BSP2153.

Dalam perkongsian beliau, Pn. Nurul Hidayah membawakan pelbagai contoh kajian kes (case studies) berasaskan projek-projek sebenar yang pernah dikendalikan di makmal dan industri. Beliau turut menjelaskan bagaimana kecacatan bahan, keretakan, dan implikasinya boleh memberi kesan kritikal terhadap prestasi serta keselamatan struktur. Beliau menggambarkan profesionnya sebagai ‘doktor besi’, iaitu individu yang bertanggungjawab mengenal pasti kecacatan pada bahan adalah perumpamaan yang berjaya menarik minat pelajar dan mencetuskan semangat mereka untuk bertanya beberapa soalan berkaitan bidang tersebut.

Sesi selama hampir dua jam itu bukan sahaja meningkatkan pemahaman pelajar mengenai kecacatan dalam pepejal, tetapi juga membuka ruang interaksi bermakna antara pelajar dan pihak industri, sekali gus menghubungkan teori dengan aplikasi sebenar.

Program co-lecturing ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memperkaya pengalaman pembelajaran pelajar FIST serta terus mengukuhkan hubungan antara universiti dan industri.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang