Previous Next

SCITEXS WEEK 2.0 anjuran Kelab Fakulti SCITEXS

KUANTAN, 22 April 2024 - Kelab fakulti SCITEXS Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) menganjurkan program SCITEXS Week 2.0 selama satu minggu bermula pada 22 April sehingga 2 Mei 2024. Lima program berlainan dianjurkan sepanjang aktiviti berlangsung iaitu Program Fotografi, Program TeknLaporan Makmal, Program Sarong ‘Splash Run’, Program rumah hantu dan Program ‘Mobile Legend’.

Program yang pertama berlangsung anjuran SCITEXS WEEK 2.0 adalah Pertandingan Fotografi. Pertandingan Fotografi ini berlangsung secara maya iaitu pada 22 April 2024 sehinga 28 April 2024. Seramai 30 orang para siswa dan siswi telah memuat naik gambar dan juga telah dinilai oleh para juri setelah program tamat. Pertandingan Fotografi ini bertemakan Bangunan dan Pemandangan yang terdapat di UMPSA, Kampus Paya Besar dan pertandingan ini mengandungi tempat pemenang yang pertama, kedua dan ketiga. Oleh itu, tempat pertama dimenangi oleh Gwee Yu Chen daripada Fakulti FIST, tempat kedua dimenangi oleh Sudhish Rao A/L Narasinga Rao daripada Fakulti FTKEE dan tempat ketiga dimenangi oleh Nurul Nadiah Binti Ramli daripada Fakulti FIST. Secara tidak langsung, program ini telah mencungkil bakat para siswa dan siswi dalam bidang fotografi serta telah meningkatkan daya kreativiti mereka melalui gambar.

Program SCITEXS WEEK 2.0 diteruskan dengan program ceramah iaitu “ Lab Report Technique” yang berlangsung pada 30 April 2024 di Bilik Seminar Perpustakaan, UMPSA Kampus Paya Besar. Seramai 18 orang mahasiswa telah menyertai program ini bagi mengetahui cara sebenar dalam penulisan Lab Report dan untuk mengetahui cara-cara untuk mahasiswa dapat peroleh markah yang tinggi dalam penulisan Lab Report. Program ini telah menjemput penceramah daripada UMPSA dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri iaitu Professor Gaanty Pragas A/L Maniam. Program ini telah banyak membantu pelajar dengan cara dan teknik yang betul dalam pembikinan laporan makmal serta secara tidak langsung menambah ilmu daripada segi untuk menjawab dengan tepat. Hasil daripada program ini, mahasiswa mendapat nota yang lengkap daripada penceramah sendiri dan mereka boleh membuat rujukan dalam membuat penulisan Lab Report. Peserta juga lebih tahu bagaimana untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam Lab Report dan dapat menghasilkan Lab Report yang berkualiti tinggi.


Sarong Splash Run merupakan program ketiga yang dianjurkan selepas Program Teknik Laporan Makmal pada tarikh 1 Mei 2024 bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah hari. Lokasi aktiviti ini diadakan di Mini Stadium UMPSA dan sekitar kawasan UMPSA, Kampus Paya Besar. Pelajar yang ingin menyertai aktiviti larian perlu membuat bayaran sebanyak RM 40 dan diberikan baju jersey, sarapan berisi roti dan air, pistol mainan air dan beg. Peserta perlu melalui 5 tempat pemeriksaan sepanjang 5 kilometer sehingga ke tempat pemeriksaan yang terakhir iaitu di Mini Stadium. Tiga pemenang telah diberikan hamper dan pingat sebagai tanda penghargaan setelah menamatkan larian dengan catatan masa yang terendah. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kecergasan para peserta daripada segi fizikal serta mengurangkan tekanan daripada bebanan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Program rumah hantu yang dinamakan ‘House of Terror’ pula telah dilangsungkan pada 1 dan 2 Mei 2024 di Astaka UMPSA Gambang. Program ini telah mendapat sambutan yang baik dengan penyertaan lebih daripada 300 pelajar. Peserta House of Terror telah diberi tugas untuk mencari petunjuk serta menyelesaikan teka-teki dan permianan yang disediakan. Rumah hantu ini telah mencabar peserta dari segi keberanian dan mendorong mereka untuk bertindak dengan pantas. Program ‘House of Terror’ merupakan satu kejayaan yang memberangsangkan dan mencapai objektif iaitu menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping memupuk kemahiran kritikal di kalangan peserta.

Program Exponiaga merupakan salah satu inisiatif daripada AJK Keusahawanan untuk menolong usahawan-usahawan untuk menjual makanan,minuman dan produk mereka pada hari tersebut. Exponiaga ini berlangsung selama 3 hari iaitu bermula pada 02 hingga 04 May 2024 di Perkarangan Cariff UMPSA Kampus Paya Besar iaitu di tempat parking blok Cariff. Pelbagai pilihan aneka jualan makanan dan minuman dijual pada hari tersebut. Lebih daripada 15 vendor terlibat pada exponiaga tersebut. Jualan exponiaga bermula pada 10 pagi - 7 malam.


Majlis Penutupan merupakan agenda terakhir bagi Scitex Week 2.0. Pelbagai telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya Perlawanan Akhir bagi Mobile Legends Tournament, Tayangan Video Montage Scitex Week 2.0, Ucapan dari penasihat Scitex, ucapan program pengarah, penyampaian hadiah dan upacara penutup. Video Montage Scitex Week ditayangkan. Video tersebut mengandungi program-program yang telah dilaksanakan pada minggu Scitex 2.0. Selain itu, ucapan daripada penasihat dan pengarah program. Beliau memuji ajk-ajk Scitex yang bekerja secara bertungkus-lumus untuk menjayakan program Scitex week 2.0 yang merupakan sambungan bagi Scitex week 1.0 tahun lepas. Beliau juga memuji semua ahli jawatankuasa program kerana mereka sangat komitment dengan tugasan mereka walaupun mempunyai banyak cabaran. Beliau juga menyatakan program-program yang diadakan sangat menarik dan mencapai target. Seterusnya, penyampaian hadiah bagi pemenang Mobile Legend Tournament dan Photography Competition. Akhir sekali, sesi penggambaran.

Tidak dinafikan bahawa Program SCITEXS Week 2.0 ini telah menarik ramai perhatian dan penyertaan pelajar UMPSA. Program program yang dilaksanakan mendapat banyak sambutan yang menarik dan ini telah memberi semangat kepada Kelab SCITEXS untuk menjalankan lebih banyak program di masa hadapan.


Print   Email