FIST UMPSA

News & Events

OSERa Group conducts Occupational Safety and Health Training for FGV Bengkel Ulu Jempol Workers

OSERa Group conducts Occupational Safety and Health Training for FGV Bengkel Ulu Jempol Workers

The Occupational Safety and Engineering Research (OSERa) Group, one of the RIGs of the Occupational Safety and Health (OSH) cluster under the Faculty of Industrial Sciences & Technology (FIST-UMPSA), recently earned the trust of FGV Holdings Berhad to deliver a comprehensive safety training program to their workers. The training activity was conducted on August 29, 2024, at Bengkel Ulu Jempol, FGV Holdings Berhad.

The one-day program focused on enhancing workers' understanding of basic Occupational Safety and Health (OSH) principles. It aimed to equip participants with essential knowledge and best practices for maintaining a safe and healthy working environment.

Seven experts from the OSERa group were involved, each sharing their specialized knowledge:

  1. Dr. Mirta Widia – Ergonomics
  2. Dr. Wan Norlinda Roshana Mohd Nawi – ISO 45001 Awareness
  3. Ts. Dr. Hanida Abdul Aziz – HIRARC (Hazard Identification, Risk Assessment, and Risk Control)
  4. Ms. Nur Syafiqah Fauzan – Occupational Noise Exposure
  5. Assoc. Prof. Dr. Ezrin Hani Sukadarin – Manual Handling in the Workplace
  6. Dr. Junaidah Binti Zakaria – Behavior-Based Safety
  7. Ts. Hairunnisa Osman

A total of 43 participants attended the training, including management personnel, supervisors, foremen, and registered contractors of FGV. The training was well-received, with participants actively engaging in discussions and demonstrating great enthusiasm throughout the program.

The OSERa group expresses gratitude to FGV Holdings Berhad for the opportunity to contribute to workplace safety enhancement.

Dr. Mirta Widia
Head of OSERa Group, FIST-UMPSA

Featured

Sesi Kunjung Hormat UMPSA ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Sesi Kunjung Hormat UMPSA ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
 
24 September 2024 | Putrajaya - Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Delegasi UMPSA yang diketuai oleh Naib Canselor, Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin disambut Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Tuan Ir. Hj. Mohd Hatta Bin Zakaria bersama barisan pengurusannya.
 
Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan Pekerjaan), Bahrudin bin Mamat, Pengarah Bahagian Keselamatan Industri, Ahmad Nazri bin Abd Kader, Pengarah Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan, Ts. Salina binti Tukmin, Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan Industri, Shahrill bin Sulaiman, Ketua Unit Peperiksaan dan Persijilan serta Unit Komunikasi Korporat.
 
Kunjungan hormat delegasi UMPSA ke JKKP adalah bagi mengukuhkan hubungan sedia ada dan perbincangan potensi kerjasama baharu yang boleh dirintis di antara UMPSA dan JKKP, serta memperkenalkan kepakaran yang dimilik UMPSA dalam bidang berkaitan. Antara agenda utama yang dibincangkan ialah kerjasama akademik dan penyelidikan antara UMPSA dan JKKP, perbincangan mengenai pengiktirafan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di FSTI, UMPSA, perbincangan mengenai Program Dual Ijazah KKP UMPSA dan Universitas Indonesia dan perbincangan mengenai 1st International Symposium of Technical Safety, Occupational Health and Environment 2024.
 
Turut sama Dekan Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI), Prof Madya Dr Aizi Nor Mazlia Ramli, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) FSTI, Ts Dr Hanida Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah) FSTI, Ts Dr Azizan Ramli dan Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian, FSTI, Dr Mohd Shahril Abu Hanifah.
 
Foto oleh Zaffaruddin Hamzah
 

Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian Fakulti Sains dan Teknologi Industri

26 Ogos 2024 I Bilik Mesyuarat Perpustakaan, UMPSA Kampus Gambang | 9.00 pagi -  Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian (SC) Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) yang telah dipengerusikan oleh Prof.Ir. Ts. Ahamd Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) telah diadakan. Turut bersama adalah Prof. Madya. Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli (Dekan FSTI) Dr. Noram Irwan bin Ramli, (Pengarah Pusat Inovasi dan Daya Saing), Timbalan-timbalan Dekan FSTI, Ketua-ketua Program Prasiswazah FSTI dan Wakil pentadbiran fakulti.

Mesyuarat turut dihadiri oleh Panel Jawatankuasa Pengajian daripada wakil akademik dan industri bagi semua program akademik prasiswazah yang ditawarkan di FSTI. Panel Jawatankuasa Pengajian adalah seperti berikut:

Prof. Dr. Shuhaimi Bin Mustafa
Profesor
Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Wakil Akademik : Program Bioteknologi Industri

Prof. Dr. Victor Hoe Chee Wai
Profesor
Fakulti Perubatan
Universiti Malaya (UM)
Wakil Akademik : Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

Prof. Dr. Rohana binti Adnan
Dekan,
Pusat Pengajian Sains Kimia
Universiti Sains Malaysia (USM)
Wakil Industri : Program Kimia Industri

Dato’ Muhtar Bin Hashim
Pengarah Eksekutif
Wakomas Chemical Sdn. Bhd.
Wakil Industri : Program Kimia Industri

Dato’ Dr. Shahrul Nizam Bin Omar
Pengurus
PBJV Group Sdn Bhd
Wakil Industri : Program Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

En. Lee Heng Yee
Pengarah Eksekutif
B-Crobes Group of Companies
Wakil Industri : Program Bioteknologi Industri

En. Siva Pragash Saba
Pengarah Urusan
Corroserv Sdn.Bhd.
Wakil Industri : Program Teknologi Bahan

Objektif Mesyuarat Jawatankuasa Pengajian ini adalah bagi mendapatkan input - input daripada persektif akademik dan industri bagi pencapaian pelajar secara tahunan di FSTI dan membincang hala tuju program dan kurikulum selaras dengan keperluan akademik dan industri. Di samping itu, menjadi platfom bagi memperluaskan jalinan kerjasama dan perkongsian pengetahuan antara universiti dan industri bersama Fakulti.

Lawatan Penandaarasan Program Teknologi Bahan, UMPSA ke Program Sains Bahan, UKM

Lawatan Penandaarasan Program Teknologi Bahan, UMPSA ke Program Sains Bahan, UKM

22 Ogos 2024

Program Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian (BSP), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA telah mengadakan lawatan penandaarasan dengan program Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Sains Bahan) di Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 22 Ogos 2024. Lawatan ini telah diketuai oleh Ketua Program BSP, Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir dan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Ts. Mohamad Ashry bin Jusoh, Ts. Dr. Nurjannah binti Salim dan Ts. Dr. Farah Hanani binti Zulkifli. Delegasi daripada FSTI telah disambut oleh Ketua Program Sains Bahan UKM, Dr. Siti Aisyah binti Samsudin dan pensyarah program Sains Bahan, Prof. Chm. Ts. Dr. Chia Chin Hua.

Lawatan penandaarasan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan amalan baik berkaitan program akademik di UKM untuk menambahbaik program BSP. Di antara perkara yang dibincangkan adalah struktur program, proses pentaksiran kertas soalan peperiksaan akhir dan penilaian berterusan, strategi promosi program dan penambahbaikan kualiti berterusan. Sesi penandaarasan telah diakhiri dengan lawatan ke makmal pengajaran dan pembelajaran program Sains Bahan UKM pada pukul 12 tengah hari.

Berita disediakan oleh,

Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir

Bengkel Pemurnian Latihan Industri Bagi Mematuhi Standard Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023

Bengkel ‘Pemurnian Latihan Industri (LI) bagi Mematuhi Standard Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) 2023’ telah diadakan pada 16 Ogos 2024 di WDK18 bersama semua pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Bengkel ini bertujuan untuk memperhalusi dan memperkemaskan modul latihan industri agar memenuhi Standard Program KKP terkini selain memberi pendedahan kepada para pensyarah mengenai perubahan komponen LI berdasarkan Standard tersebut.

Sesi diskusi yang dijalankan di dalam beberapa pecahan kumpulan menghasilkan cadangan praktikal untuk menambahbaik praktis sedia ada dari aspek buku log, laporan LI dan rubrik pemarkahan. Input penambahbaikan ini akan diimplementasikan dalam program latihan industri yang akan dating bagi memenuhi Standard Program KKP 2023.

Innovative-T, Fakulti Sains dan Teknologi Industri Menjulang Nama di Pentas Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ke-17, Peringkat Universiti Awam

Innovative-T dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah melakar nama yang kukuh dalam memori Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ke-17 Peringkat Universiti Awam yang telah di adakan di pentas UMPSA sendiri pada 7-8 Ogos 2024 dengan menjulang gelaran Naib Johan bagi Kategori Inovasi Sosial dan membawa pulang hadiah bernilai RM4000.00 beserta sijil.

Selain dari itu, Innovative-T yang diketuai oleh Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid serta ahli-ahlinya yang terdiri daripada Dr Nor Ashikin Sopian, Cik Nurfaziatun Binti Dahalan, Encik Saiful Azahari Bin Sallehuddin, Encik Latip Bin Haji Dris, Encik Mohamad Hafizi Bin Che Mat, Encik Mohd Shamsul Azmi Bin Samsudin, Encik Muhammad Halim Bin Paboh dan Encik Mohd Padzly Radzi juga telah merangkul anugerah Persembahan Terbaik pada pentas Konvensyen KIK ini bagi Kategori Inovasi Sosial.

Innovative-T juga telah menyandang penarafan Emas melalui produk mereka yang diberi nama " Flexible Integrated System Trolley, FiS-T) " di pentas KIK ini. FiS-T telah mendapat status Copyright daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). FiS-T merupakan inovasi daripada troli silinder gas makmal yang direka khas bagi mengurangkan gejala-gejala berkaitan penyakit musculoskeletal disorder (MSDS) dikalangan staf teknikal FSTI. Semoga produk FiS-T dapat memberi manfaat yang besar dan berterusan kepada semua pengguna di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan masyarakat diluar sana.

Tahniah Innovative- T!!!!

Berita disediakan oleh

Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid

Mesyuarat Perbincangan bersama Penasihat Luar (EA) bagi Program BSB 2024

UMPSA | 9 Ogos 2024 : Program Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Bioteknologi Industri (BSB) dengan Kepujian di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) UMPSA telah mengadakan mesyuarat bersama Penasihat luar (External Advisor) yang dilantik iaitu Profesor Dr. Rosfarizan binti Mohamad, dekan Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia. Mesyuarat ini melibatkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Bioteknologi Industri yang diadakan selama satu (1) hari pada 9 Ogos 2024 di Bilik Mesyuarat Utama FIST. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembukaan yang dipengerusikan oleh Dekan FIST, Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli. Seramai 20 orang pensyarah BSB dan Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz terlibat dengan mesyuarat perbincangan ini bagi mendapatkan pandangan panel terhadap struktur program.

Penasihat luar (external advisor) ini berfungsi dalam memberikan cadangan penambahbaikan bagi program secara keseluruhannya khususnya dalam mematuhi standard piawaian yang ditetapkan mengikut program yang baharu serta semakan semula program secara keseluruhannya mengikut keperluan Malaysia Board of Technologist (MBOT) serta mengikut garis panduan Malaysia Qualification Accreditation (MQA).

Kepakaran Penasihat Luar ini diperlukan untuk memberi input, nasihat dan kepada program BSB ini. Antara input, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh Profesor Dr. Rosfarizan adalah seperti kesesuaian bentuk program mengikut program standard yang baharu, struktur kurikulum, kursus elektif yang baru diperkenalkan adalah bersesuaian dengan keperluan semasa, …………Kelestarian dan hala tuju program akademik, Potensi kerjasama antara entiti akademik dan universiti dengan industri dan Lain-lain perkara yang berkaitan atau bersesuaian.

Mesyuarat perbincangan ini berakhir dengan sesi penutup pada jam 1.00 petang yang dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli juga di hadiri oleh …… dan pensyarah BSB. Pada sesi ini, Profesor Dr. Rosfarizan mengulas serta memberi pandangan kepada pihak fakulti serta program mengikut ketetapan di dalam program standard yang baharu ini. Pandangan dan komentator daripada penasihat luar ini amat diperlukan bagi membantu program dalam meningkatkan mutu kualiti program dalam menjayakan program pembangunan negara bagi merealisasikan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

#umpsasharing

#umpsamalaysia

#fistumpsa

Bengkel Pentaksiran & Penilaian berdasarkan Outcome based education (OBE).

Bengkel Pentaksiran & Penilaian berdasarkan Outcome based education (OBE) anjuran Jawatankuasa Akademik (Jaminan Kualiti) dan Jawatankuasa Akademik (Peperiksaan, IMS, Jadual) dibawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah diadakan  pada 1 Ogos 2024 bermula jam 9.00 pagi sehingga 5 petang yang berlangsung di WDK-12. Program ini dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Dekan Fakulti, Profesor Madya Dr Aizi Nor Mazila binti Ramli. Turut hadir Timbalan Dekan (Akdemik & Hal Ehwal Pelajar), Ts Dr Hanida binti Abdul Aziz, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pengajian Siswazah) serta para pensyarah dari semua program. Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan Kemahiran para pensyarah dalam menilai dan menaksir pelajar berdasarkan prinsip OBE.  

Penceramah jemputan, Ts. Dr. Muhammad Hafiz Bin Mazwir, memulakan slot pertama dengan seminar mengenai pentaksiran dan penilaian berdasarkan OBE. Seminar yang berlangsung selama hampir satu jam ini memberikan pencerahan mengenai konsep OBE dan bagaimana ia boleh diterapkan dalam proses pembelajaran dan penilaian kepada program.

Aktiviti seterusnya berlangsung dengan sesi taklimat ringkas oleh Cik Nur Syafiqah  binti Fauzan mengenai aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan secara parallel sepanjang bengkel. Pecahan kelas diberikan mengikut program. Para peserta bengkel dibahagikan beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti pentaksiran dan pembentangan berdasarkan sampel dokumen penilaian berpandukan borang vetting yang telah disediakan. Antara sampel dokumen yang terlibat adalah ujian, tugasan, kuiz, dan ujian praktikal dan bertulis (makmal).

Bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan lagi kemahiran para pensyarah dalam melaksanakan pentaksiran dan penilaian yang lebih efektif dan berkesan sesuai dengan prinsip-prinsip Outcome Based Education (OBE). FSTI komited untuk terus menyediakan latihan dan bengkel sebegini dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan dan pembelajaran di universiti.

Berita disediakan oleh:

Nur Fazhilah binti Abdul Razak

JK Qualiti & JK Peperiksaan Fakulti

Potensi Kerjasama Strategik UMPSA bersama Universitas Fort De Kock, Indonesia

23 Julai 2024- Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah menerima kunjungan daripada Universitas Fort De Kock yang terdiri daripada Dr. Zainal Abidin, Pengasas Yayasan Fort De Kock dan Pengurusan Tertinggi Universitas Fort De Kock iaitu Dr. Evi Hasnita, Rektor, barisan pergurusan universiti dan pelajar program Sarjana Kesihatan Awam seramai 31 pelajar.

Delegasi Universitas Fort De Kock telah disambut oleh YBhg. Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Aizi Nor Mazila binti Ramli, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Dr. Mohd Hanafiah bin Ahmad, Dekan Fakulti Pengurusan Industri dan barisan pensyarah serta pelajar pascasiswazah UMPSA.

Satu taklimat  pengenalan UMPSA yang telah disampaikan oleh  Lt. Kol. Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Bin Sulaiman, pengenalan fakulti oleh Dekan FIM & FSTI. Turut diadakan satu sesi taklimat umum kluster penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan oleh Dr. Norhidayah Binti Abdull selaku Ketua Kluster Penyelidikan Keselamatan dan Kesihatan dan sesi lawatan ke Makmal Toksikologi, Higien Industri, Ergonomik, Pencemaran Udara dan Ventilasi, FSTI.

Sesi lawatan ini membuka potensi kerjasama strategik UMPSA dan UFDK dałam program akademik dan penyelidikan yang dibincangkan dengan lebih lanjut kelak.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang