Citizen Scientist: Know Your Water Quality
31 Mei 2025 | Taman Gelora Kuantan
Citizen Scientist: Know Your Water Quality
Program ini merupakan program SULAM yang dianjurkan oleh Ts Dr Nurul ‘Azyyati binti Sabri untuk kursus Bioremediation BSB3563. Program ini dianjurkan secara bersama dengan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK). Program ini bermula pada jam 8 pagi dengan pendaftaran 91 peserta dari pelbagai latar belakang dari pelajar, orang awam dan pensyarah UMPSA. Setiap peserta dibahagi kepada setiap kumpulan dengan 5 orang ahli yang dibimbing oleh seorang fasilitator, iaitu para pelajar yang mengikuti kursus Bioremediation sendiri.
Upacara pembukaan program ini dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, dan upacara penyerahan plak penghargaan kepada wakil MBK. Selepas itu, program disambung dengan acara menguji kualiti air di bawah bimbingan para fasilitator dari tasik berdekatan. Antara kualiti air yang diuji ialah pH, kandungan ammonia, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia dan lain-lain. Selepas mengetahui kualiti air, para peserta dibimbing untuk membuat bebola lumpur atau ‘mudball’. Bebola lumpur adalah campuran antara tanah liat, bahan organik, molases, mineral, dan gabungan mikrobiologi baik, dicipta untuk menambah baik kualiti air. Para peserta diberi peluang untuk membawa pulang bebola lumpur yang disiapakan dalam program ini.
Program ini diakhiri dengan sesi bergambar. Akhir sekali, program tersebut diakhiri dengan upacara melontar bebola lumpur ke tasik pada jam 11 pagi.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa
#umpsa