LAWATAN INDUSTRI BSK KE KILANG YAKULT (MALAYSIA) SDN BHD
LAWATAN INDUSTRI BSK KE KILANG YAKULT (MALAYSIA) SDN BHD
Seremban, 29 Mei 2025 – Seramai 37 pelajar Program Sarjana Muda Sains Gunaan Kimia Industri dengan Kepujian (BSK), UMPSA telah mengadakan lawatan industri ke Kilang Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. di Seremban, Negeri Sembilan. Lawatan yang diiringi oleh Dr. Nazikussabah Zaharudin ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai aplikasi kimia industri dalam penghasilan minuman probiotik melalui teknologi fermentasi. Sepanjang lawatan, pelajar diberi taklimat oleh wakil staf Yakult serta dibawa melawat ke kawasan pengeluaran untuk melihat proses fermentasi, pembotolan dan pembungkusan. Lawatan ini memberi pengalaman bermakna dalam mengaitkan teori kimia dengan aplikasi sebenar dalam industri makanan fungsian. Pihak fakulti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. atas kesudian menerima kunjungan serta perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat kepada para pelajar.