FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Industri Pelajar BSP3313 ke ECRL

Pada 3 Jun 2025, satu program lawatan industri telah dianjurkan oleh pensyarah dan pelajar Kursus BPS3313 Construction Safety di bawah Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ke tapak projek East Coast Rail Link (ECRL) di Kemaman. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada komponen pengajaran dan pembelajaran kursus tersebut, bertujuan untuk memberikan pendedahan secara langsung kepada pelajar terhadap aplikasi sebenar dalam pembinaan jajaran rel, khususnya dari aspek pengurusan keselamatan, teknologi pembinaan landasan, serta kawalan operasi di tapak projek mega berskala nasional.

Selain itu, lawatan ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami dengan lebih dekat dan mendalam proses pemasangan landasan, pengurusan risiko dalam kerja-kerja pembinaan, serta prosedur keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor dan pengendali ECRL. Program dimulakan pada jam 9.30 pagi dengan sesi taklimat keselamatan serta pengenalan projek oleh wakil ECRL iaitu wakil pengurusan ECRL, Malaysia Rail Link (MRL) dan bahagian HSE. Seterusnya, para pelajar dibahagikan kepada 4 kumpulan dan dibawa melawat ke tapak projek untuk meninjau proses kerja pemasangan formwork, pile cat, confferdam dan juga menyaksikan aktiviti lifting ketika lawatan. Secara keseluruhan, program lawatan ini telah memberikan nilai tambah yang signifikan terhadap pemahaman dan pengetahuan praktikal pelajar, di samping mengukuhkan kefahaman mereka terhadap aspek keselamatan dan pengurusan dalam sektor pembinaan infrastruktur rel negara.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang