Previous Next

Innovative-T, Fakulti Sains dan Teknologi Industri Menjulang Nama di Pentas Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ke-17, Peringkat Universiti Awam

Innovative-T dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah melakar nama yang kukuh dalam memori Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) kali ke-17 Peringkat Universiti Awam yang telah di adakan di pentas UMPSA sendiri pada 7-8 Ogos 2024 dengan menjulang gelaran Naib Johan bagi Kategori Inovasi Sosial dan membawa pulang hadiah bernilai RM4000.00 beserta sijil.

Selain dari itu, Innovative-T yang diketuai oleh Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid serta ahli-ahlinya yang terdiri daripada Dr Nor Ashikin Sopian, Cik Nurfaziatun Binti Dahalan, Encik Saiful Azahari Bin Sallehuddin, Encik Latip Bin Haji Dris, Encik Mohamad Hafizi Bin Che Mat, Encik Mohd Shamsul Azmi Bin Samsudin, Encik Muhammad Halim Bin Paboh dan Encik Mohd Padzly Radzi juga telah merangkul anugerah Persembahan Terbaik pada pentas Konvensyen KIK ini bagi Kategori Inovasi Sosial.

Innovative-T juga telah menyandang penarafan Emas melalui produk mereka yang diberi nama " Flexible Integrated System Trolley, FiS-T) " di pentas KIK ini. FiS-T telah mendapat status Copyright daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO). FiS-T merupakan inovasi daripada troli silinder gas makmal yang direka khas bagi mengurangkan gejala-gejala berkaitan penyakit musculoskeletal disorder (MSDS) dikalangan staf teknikal FSTI. Semoga produk FiS-T dapat memberi manfaat yang besar dan berterusan kepada semua pengguna di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dan masyarakat diluar sana.

Tahniah Innovative- T!!!!

Berita disediakan oleh

Dr. Noor Diana Binti Abdul Majid


Print   Email