Previous Next

Mesyuarat Perbincangan bersama Penasihat Luar (EA) bagi Program BSB 2024

UMPSA | 9 Ogos 2024 : Program Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Bioteknologi Industri (BSB) dengan Kepujian di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FIST) UMPSA telah mengadakan mesyuarat bersama Penasihat luar (External Advisor) yang dilantik iaitu Profesor Dr. Rosfarizan binti Mohamad, dekan Fakulti Bioteknologi Dan Sains Biomolekul, Universiti Putra Malaysia. Mesyuarat ini melibatkan Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Bioteknologi Industri yang diadakan selama satu (1) hari pada 9 Ogos 2024 di Bilik Mesyuarat Utama FIST. Mesyuarat dimulakan dengan sesi pembukaan yang dipengerusikan oleh Dekan FIST, Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli. Seramai 20 orang pensyarah BSB dan Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Ts. Dr. Hanida binti Abdul Aziz terlibat dengan mesyuarat perbincangan ini bagi mendapatkan pandangan panel terhadap struktur program.

Penasihat luar (external advisor) ini berfungsi dalam memberikan cadangan penambahbaikan bagi program secara keseluruhannya khususnya dalam mematuhi standard piawaian yang ditetapkan mengikut program yang baharu serta semakan semula program secara keseluruhannya mengikut keperluan Malaysia Board of Technologist (MBOT) serta mengikut garis panduan Malaysia Qualification Accreditation (MQA).

Kepakaran Penasihat Luar ini diperlukan untuk memberi input, nasihat dan kepada program BSB ini. Antara input, nasihat dan pandangan yang diberikan oleh Profesor Dr. Rosfarizan adalah seperti kesesuaian bentuk program mengikut program standard yang baharu, struktur kurikulum, kursus elektif yang baru diperkenalkan adalah bersesuaian dengan keperluan semasa, …………Kelestarian dan hala tuju program akademik, Potensi kerjasama antara entiti akademik dan universiti dengan industri dan Lain-lain perkara yang berkaitan atau bersesuaian.

Mesyuarat perbincangan ini berakhir dengan sesi penutup pada jam 1.00 petang yang dipengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Binti Ramli juga di hadiri oleh …… dan pensyarah BSB. Pada sesi ini, Profesor Dr. Rosfarizan mengulas serta memberi pandangan kepada pihak fakulti serta program mengikut ketetapan di dalam program standard yang baharu ini. Pandangan dan komentator daripada penasihat luar ini amat diperlukan bagi membantu program dalam meningkatkan mutu kualiti program dalam menjayakan program pembangunan negara bagi merealisasikan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

#umpsasharing

#umpsamalaysia

#fistumpsa


Print   Email