FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Akademik SMK Maran ke Makmal FSTI UMPSA

31 Oktober 2025 | Promosi FSTI

𝐋𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐒𝐌𝐊 𝐌𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐤𝐞 𝐅𝐒𝐓𝐈 𝐔𝐌𝐏𝐒𝐀

Pada 31 Oktober 2025 (Jumaat), Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menerima kunjungan seramai 39 orang pelajar Tingkatan 5 dan 5 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran.

Lawatan yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di UMPSA serta peluang kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Sepanjang program, pelajar telah mengikuti sesi taklimat akademik, lawatan sekitar kampus dan fakulti, serta sesi interaksi bersama warga akademik FSTI. Pelajar didedahkan kepada 4 program utama FSTI iaitu Bioteknologi Industri, Kimia Industri, Teknologi Bahan dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar kenangan.

Terima kasih diucapkan kepada pihak SMK Maran atas kunjungan ini. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang lawatan ini memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan tinggi!

#UMPSA #FSTI #LawatanAkademik #SMKMaran #PendidikanTinggi #InspirasiIlmu #CelikSTEM #UMPSAMalaysia #umpsasharing #fstiumpsa #fistumpsa #jommasukfistumpsa

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang