FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Kolaborasi Antarabangsa FSTI UMPSA Pada hari ke-3 bersama Universitas Negeri Medan (UNIMED)

30 Oktober 2025 | Kolaborasi FSTI

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐅𝐀𝐊𝐔𝐋𝐓𝐈 𝐒𝐀𝐈𝐍𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐈𝐍𝐃𝐔𝐒𝐓𝐑𝐈 (𝐅𝐒𝐓𝐈) 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐋-𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 (𝐔𝐌𝐏𝐒𝐀) 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄-𝟑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐀𝐒 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐌𝐄𝐃𝐀𝐍 (𝐔𝐍𝐈𝐌𝐄𝐃)

30 Oktober 2025 – Sekitar Lawatan Kolaborasi Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) hari ke-3 bersama Universitas Negeri Medan (UNIMED) yang menyaksikan penyerahan 8 Surat Tawaran Bersyarat (COL) bagi tujuan potensi menyambung pelajaran peringkat PhD di FSTI, UMPSA dalam bidang berkaitan.

Insiatif taklimat penerangan berkaitan program pascasiswazah UMPSA kepada staf akademik UNIMED secara dalam talian, inisiatif Global Classroom dan pemeteraian MoU bakal dirancang untuk diadakan pada tahun 2026 bagi tujuan memperkukuh jalinan dua hala antara kedua institusi.

Pihak pengurusan FSTI berharap agar sesi lawatan 3 hari yang diadakan mampu membawa masuk lebih ramai pelajar antarabangsa daripada Sumatera Utara Indonesia untuk menyambung pelajaran dalam peringkat PhD di UMPSA.

#umpsasharing

#UMPSAMalaysia

#jommasukfistumpsa

#fistumpsagemilang

#StudyAtUMPSA

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang