Lawatan Industri BSB2223 Ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR)
Pada 13 Mei 2025 (Selasa), satu lawatan industri telah dianjurkan ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) bermula dari jam 8 pagi hingga 4 petang. Seramai 66 orang peserta telah terlibat dalam lawatan ini, termasuk dua pensyarah pengiring iaitu Dr. Shariza Jamek dan Prof. Madya Dr. Tan Huat Sian. Lawatan ini melibatkan pelajar daripada dua kursus iaitu BSB2223 Laboratory Quality Management & Validation dan BSB3163 Plant and Mammalian Cell Technology.
Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai penubuhan PPPTR dan sesi lawatan ke pameran berkaitan aktiviti serta pencapaian pusat tersebut. Seterusnya, peserta dibawa melawat ke makmal di mana mereka diberi penerangan berkaitan penyelidikan baja yang dijalankan di pusat itu. Lawatan turut diteruskan ke Unit Penghasilan Benih yang mempamerkan teknologi dan kaedah moden dalam penghasilan benih berkualiti tinggi.
Program ini telah memberikan pendedahan yang sangat bermakna kepada para pelajar tentang aplikasi sebenar ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah serta memperkukuh kefahaman mereka dalam bidang teknologi pertanian dan pengurusan makmal.