FIST UMPSA

News & Events

LAWATAN KOLABORASI ANTARABANGSA FSTI UMPSA BERSAMA FAKULTAS TEKNIK DAN FAKULTAS MATEMATIKA DAN ILMU PENGETAHUAN ALAM UNIVERSITAS SUMATERA UTARA (USU)

LAWATAN KOLABORASI ANTARABANGSA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) BERSAMA FAKULTAS TEKNIK DAN FAKULTAS MATEMATIKA DAN ILMU PENGETAHUAN ALAM UNIVERSITAS SUMATERA UTARA (USU)

28 Oktober 2025 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diwakili Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli selaku Dekan, FSTI, Ts. Dr. Azizan Ramli, Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pascasiswazah) FSTI dan Puan Dina Diyana Rastam Tan, Eksekutif Kanan, FSTI telah menghadiri Lawatan Rasmi Ke Sumatera Utara yang mana pada hari ini, Delegasi FSTI telah mengunjungi dua (2) fakultas Universitas Sumatera Utara (USU) iaitu Fakultas Teknik serta Fakultas Matematika Dan Ilmu Pengetahuan Alam bagi memperkenalkan program pascasiswazah yang ditawarkan FSTI di samping membincangkan kerjasama antarabangsa yang boleh dilaksanakan merangkumi peluang menyambung pelajaran peringkat PhD, kolaborasi akademik seperti Program Dwi Ijazah (Dual Degree), Co-Lecturing, Mobiliti Pelajar Berkredit/Tidak Berkredit, kolaborasi penyelidikan dalam Geran Padanan Antarabangsa (International Matching Grant), kolaborasi penerbitan bersama (Joint Publication), Staff Attachment dan lain-lain.

Hasil kunjungan Delegasi FSTI ke dua fakultas USU telah memperlihatkan pemeteraian Letter of Intent To Collaborate (LOI) yang mana kedua-dua pihak bakal bekerjasama ke arah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) secara rasmi yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan jangka panjang.

Selain itu, sebanyak 8 Surat Tawaran Bersyarat (COL) telah diberikan kepada pensyarah-pensyarah USU bagi tujuan potensi menyambung pelajaran peringkat PhD di FSTI, UMPSA dalam bidang berkaitan.

Lawatan diakhiri dengan penyampaian cenderamata serta sumbangan produk penyelidikan ciptaan Profesor Madya Ts. Dr. Hajar Fauzan Bin Ahmad iaitu Bcrobes dan penerbitan modul Latihan Bebas Vapes yang dihasilkan oleh ChM. Dr. Wan Norfazilah Binti Wan Ismail, Dr. Nor Adila Binti Mhd Omar, Ts. Dr. Khairiah Binti Mohd Mokhtar, Dr. Siti Umairah Binti Mokhtar serta Buku Job Hunting Get Hired, nukilan ChM. Dr. Wan Norfazilah Binti Wan Ismail dan ChM. Ts. Dr. Shamsul Bin Zakaria.

Kerjasama ini dijangka memberi impak positif terhadap reputasi UMPSA di peringkat antarabangsa serta membuka lebih banyak ruang kolaborasi dalam bidang sains dan teknologi industri.

#umpsasharing

#umpsamalaysia

#fistumpsa

#jommasukfistumpsa

#fistumpsagemilang

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang