Sesi Kuliah Bersama Pensyarah Industri
Kuantan, 23 Oktober 2025 Satu sesi Kuliah Bersama Pensyarah Industri telah diadakan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali untuk para pelajar Diploma Sains Industri yang sedang mengambil kursus Bioinformatics (DRS2362) secara atas talian. Sesi tersebut diisi oleh Dr Gan Han Ming, CEO dari Patriot Biotech Sdn Bhd dengan tajuk kuliah beliau iaitu ‘Build your business using Bioinformatics’. Sesi tersebut dihadiri oleh 19 pelajar Diploma Sains Industri dan dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali diikuti oleh sesi kuliah oleh Dr Gan Han Ming selama 45 minit. Dr Gan memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan Bioinformatik dan berkongsi pengalaman luas beliau bagaimana untuk membina perniagaan dalam bidang yang sama. Setelah itu, para pelajar diberi peluang untuk bersoal-jawab bersama dengan Dr Gan sebelum bersurai.
Disediakan oleh,
Dr Ahmad Mahfuz Gazali
