FIST UMPSA

News & Events

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau, Kuantan Di Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Lawatan Sambil Belajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau, Kuantan Di Fakulti Sains dan Teknologi Industri

Pada hari Rabu, 16 April 2025, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau, Kuantan. Seramai 33 orang pelajar telah menyertai program ini, termasuk dua orang guru dan seorang pembantu makmal.

Tujuan utama program ini adalah untuk mencetuskan minat dalam kalangan pelajar aliran sains terhadap penemuan baharu melalui pengalaman menjalankan eksperimen dan aktiviti secara hands-on. Selain itu, program ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dan meningkatkan jalinan kerjasama antara FSTI dan Sekolah Menengah Kebangsaan Gudang Rasau, Kuantan.

Sepanjang program ini, dua aktiviti utama telah dijalankan:

  1. Teknik Pemisahan Pigmen menggunakan Kaedah Thin Layer Chromatography (TLC)

Aktiviti ini bertujuan mendedahkan para pelajar kepada teknik pemisahan komponen dalam campuran. Pen marker berwarna telah digunakan sebagai sampel untuk menunjukkan pigmen yang terlibat dalam menghasilkan warna-warna pen marker tersebut. Kaedah ini membantu pelajar memahami konsep asas pemisahan dan bilangan komponen dalam sesuatu campuran.

  1. Pengenalan kepada Penggunaan Alat Spektrofotometer UV-Vis

Pelajar turut diberi pendedahan kepada penggunaan alat UV-Vis untuk pengesanan sampel kimia. Ini merupakan satu peluang bagi pelajar mengenali penggunaan peralatan makmal canggih dalam analisis kimia.

Program ini diketuai oleh ChM. Ts. Dr. Yuen Mei Lian, dan dibantu oleh barisan pensyarah dan staf FSTI iaitu Dr. Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi, Dr. Kamrul Fakir Kamarudin, ChM. Ts. Dr. Shamsul Zakaria, ChM. Ts. Dr. Siti Maznah binti Kabeb, ChM. Norhayati binti Nordin, Encik Mohd Farid bin Jaafar, Cik Nurfaziatun binti Dahalan, dan Cik Nur Shamimie Afieqa binti Muhamad Zamri. Ketua Program Kimia Industri, ChM. Dr. Nazikussabah binti Zaharudin, turut hadir bagi menyokong kelancaran program ini.

Aktiviti-aktiviti ini telah berjaya menarik minat para pelajar terhadap sains, khususnya dalam bidang kimia. Diharapkan program seumpama ini dapat terus dilaksanakan bagi menyemai minat pelajar terhadap bidang Sains dan Teknologi.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang