Program Latihan “Psychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024”
Program Latihan “Psychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024”
Program latihan bertajuk “Psychosocial Risk Assessment in the Workplace: Application of DOSH PRisMA Guidelines 2024” telah berjaya dijalankan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA pada 21 November 2025. Latihan ini melibatkan seramai 23 peserta daripada program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS) dan Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO).
Latihan telah disampaikan oleh Dr. Mohd Shahril Abu Hanifah, seorang DOSH Psychosocial Trained Person (PTP) yang berpengalaman dalam bidang penilaian risiko psikososial. Penganjuran latihan ini bertujuan memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal kepada peserta mengenai pelaksanaan penilaian risiko psikososial di tempat kerja menggunakan Garis Panduan DOSH PRisMA 2024.
Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan kepada konsep bahaya psikososial, faktor risiko yang lazim berlaku di tempat kerja, serta kepentingan penilaian risiko yang sistematik bagi memastikan kesejahteraan mental pekerja. Penceramah menerangkan struktur lengkap PRisMA termasuk kaedah pengumpulan maklumat, proses pengiraan skor risiko, serta cara menentukan tahap risiko berdasarkan garis panduan tersebut. Sesi turut diperkaya dengan latihan praktikal melalui analisis di mana peserta diminta mengisi borang PRISMA dan membincangkan keputusan bersama-sama. Kaedah ini membantu peserta memahami aplikasi sebenar proses penilaian risiko psikososial serta mengukuhkan kefahaman mereka dalam membuat penafsiran risiko dan cadangan kawalan. Secara keseluruhannya, latihan ini telah mencapai objektif penganjuran dan berjaya meningkatkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam melaksanakan penilaian risiko psikososial secara efektif dan mengikut keperluan DOSH PRisMA 2024.
