FIST UMPSA

News & Events

Program “Manis Tanpa Gula” Dedah 70 Murid SK Nadak Kepentingan Gaya Hidup Sihat

Program “Manis Tanpa Gula” Dedah 70 Murid SK Nadak Kepentingan Gaya Hidup Sihat

 

Sungai Lembing, 7 Mei 2025 – Seramai 70 murid Tahun 4, 5, dan 6 dari Sekolah Kebangsaan Nadak telah menyertai program kesedaran kesihatan bertemakan “Cergas dan Sihat, Tanpa Gula Berlebihan” anjuran Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dengan kerjasama pihak sekolah.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dengan sesi pendaftaran dan pembahagian kumpulan. Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Guru Kanan Pentadbiran, En. Zaiful Ishar bin Zainol, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada pihak sekolah oleh Ketua Projek, Dr. Nor Adila Mhd Omar.

Slot ceramah yang bertajuk “Cergas dan Sihat, Tanpa Gula Berlebihan” disampaikan secara interaktif oleh Dr. Nor Adila, di mana beliau memberi penekanan kepada kesan pengambilan gula berlebihan terhadap kesihatan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Ceramah ini melibatkan perbincangan aktif dengan murid-murid, diikuti dengan sesi soal jawab bagi meningkatkan pemahaman mereka mengenai pentingnya pengambilan gula yang seimbang.

Program diteruskan dengan aktiviti utama berbentuk explore race dinamakan “The Great Sugar Escape”. Aktiviti ini terdiri daripada enam checkpoint yang menyeronokkan dan pendidikan, antaranya Run for Health, Sweet Smarts Quiz, Sugar Spy Mission, The Sweet Puzzle, The Sugar Lab, dan Smart Plate Pyramid. Setiap checkpoint direka untuk memberi kesedaran tentang kesihatan dan pemakanan sihat, serta membantu murid mengenali kesan pengambilan gula berlebihan.

Program ini melibatkan penglibatan aktif dari pensyarah-pensyarah FSTI UMPSA yang diketuai oleh Dr. Nor Adila binti Mhd Omar, bersama Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar, Dr. Nurul Huda binti Abu Bakar, Dr. Wan Norfazilah binti Wan Ismail, Dr. Shariza binti Jamek, dan Prof Madya Dr. Mohamad Ashry bin Jusoh. Turut membantu dalam pelaksanaan aktiviti ialah pelajar pascasiswazah, Cik Nurul Hidayah binti Abu Bakar. Program ini turut mendapat sokongan penuh daripada guru-guru SK Nadak termasuk En. Zamri bin Mohamed, En. Khairul Azmi bin Muda, En. Suffian bin Abdul Malik @ Zulkifli, Puan Azlihan binti Safie, En. Samir bin Shamsuddin, dan Puan Norlaili binti Mohamed Amin, yang juga bertindak sebagai fasilitator di setiap checkpoint.

Majlis penutup disempurnakan oleh Guru Besar SK Nadak, En. Kamaruddin bin Mat yang menyampaikan hadiah kepada enam kumpulan terbaik serta sijil kepada semua peserta. Program berakhir sekitar jam 1.00 tengah hari dengan sesi bergambar antara warga FSTI dan pihak sekolah.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang