PROGRAM PROFESSOR TURUN PADANG 2024 : Peluang Kerjaya dalam Bidang Sains
Pekan, 11 September 2024 - Program Professor Turun Padang (PTP) 2024: Peluang Kerjaya dalam Bidang Sains yang dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, telah berjaya dilaksanakan pada 11 September 2024 di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan. Program ini memberi pendedahan kepada 111 orang pelajar Tingkatan 3 tentang peluang kerjaya dalam bidang Sains dan Teknologi. Sesi dimulakan dengan ucapan dari penyelaras program, PM Dr Hazrulrizawati dan wakil sekolah, En Nasriq selaku Ketua Bidang kemanusiaan diikuti taklimat kerjaya STEM oleh Cik Syahida Adila dari Pusat Kerjaya, UMPSA.
Pelajar juga berpeluang mendengar perkongsian pengalaman pengajian di Jepun oleh Dr. Normaiza serta pengalaman dalam dunia pendidikan oleh PM Dr. Hazrulrizawati. Program diakhiri dengan aktiviti interaktif ‘Play Role’ yang dipimpin oleh Dr. Farah Hanani dan Dr. Siti Maznah. Maklumbalas pelajar mengenai program ini adalah positif dan terdapat interaksi dua hala. Mereka juga menyatakan program ini memberi inspirasi dan motivasi untuk meneroka kerjaya dalam bidang STEM, menjadikan ia satu pengalaman yang bermanfaat dan bermakna.