Previous Next

Taklimat Pemilihan Track Bagi Program Sains Diploma Industri (DRS)

UMPSA, 10 September 2024 - Sesi taklimat berkenaan pemilihan Track bagi Program Diploma Sains Industri (DRS) telah
pun berlangsung pada 10 September 2024 bertempat di bilik Mini Teater di ruang Makmal
Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI).
Taklimat ini telah disampaikan oleh Ketua Program DRS, Ts. Dr. Farah Hanani binti Zulkifli,
penyelaras JK Promosi, PM Ts. Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir @ Lokman, Ketua Program
Sarjana Muda Sains Gunaan Teknologi Bahan dengan Kepujian, Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin
Mazwir, Ketua Program Sarjana Sains Gunaan Muda Kimia Industri dengan Kepujian, Dr.
Nazikussabah binti Zahirudin dan Ketua Program Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi
Industri dengan Kepujian, Dr. Nazira binti Mahmud.
Pemilihan Track bagi pelajar DRS terdiri daripada tiga laluan iaitu track bioteknologi, track
kimia teknologi dan track teknologi bahan, dimana pelajar perlu memilih salah satu track
tersebut seterusnya berada didalam track pilihan bermula semester kedua pengajian. Selain
itu, taklimat ini juga merangkumi perkongsian melibatkan prospek kerjaya dalam pelbagai
sektor industri Malaysia, pengenalan struktur program DRS secara terperinci, serta kelebihan
menyambung belajar di peringkat Sarjana Muda di FSTI.
Semoga dengan perkongsian dan pendedahan awal ini dapat membuka perspektif pelajar
tentang peluang kerjaya yang luas dalam bidang bahan, kimia dan bioteknologi seterusnya
menarik minat pelajar untuk terus menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda di FSTI.


Print   Email