Program Tiada Korosi, Sekolahku Lestari di bawah Geran Inovasi Sosial Universiti
Program Tiada Korosi, Sekolahku Lestari di bawah Geran Inovasi Sosial Universiti
Program komuniti bertajuk ‘Tiada Korosi, Sekolahku Lestari’ telah diadakan di SMK Jengka 24, Jerantut di bawah Geran Inovasi Sosial Universiti (CDU240119). Program ini dipimpin oleh Ketua Projek, Dr. Nurul Huda Abu Bakar dan dibantu oleh Dr. Khairiah Mohd Mokhtar, Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail, dan Dr. Nor Adila Mhd Omar sebagai fasilitator.
Aktiviti bermula seawal 7.30 pagi dengan sesi ceramah ringkas mengenai asas sains bahan, pengaratan, dan kaedah pencegahan. Terdapat 5 stesen aktiviti yang perlu pelajar tempuhi seperti eksperimen logam, pengiraan kadar pengaratan, sukaneka padanan gambar, dan aktiviti praktikal berkaitan pencegahan korosi, bagi mengaplikasi ilmu yang telah disampaikan.
Program ini bertujuan memberi pendedahan STEM kepada pelajar, meningkatkan kesedaran tentang kepentingan sains bahan dalam kehidupan seharian, serta menyokong inisiatif TVET demi pembangunan ekonomi negara.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa
#fistumpsagemilang
#jommasukfistumpsa
#UMPSA