Kolokium Pascasiswazah 3/2022
_thumbnail.jpeg)
Lawatan Pelajar-pelajar Rumah Kanak -Kanak Tengku Ampuan Fatimah ke makmal Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah berjalan pada 8 Jun 2022 yang disertai oleh 28 orang pelajar dan 2 orang guru pengiring. Terdapat sesi penerangan berkaitan dengan fungsi dan keperluan makmal-makmal di Fakulti. Selain itu, pelajar-pelajar turut merasai pengalaman menjalankan beberapa ujikaji yang melibat peralatan makmal yang dibantu oleh staf teknikal makmal.
Gambar-gambar sesi lawatan dan aktiviti.

Delegasi UMP yang diwakili oleh pasukan penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses dan Fakulti Sains Industri Teknologi iaitu Ts Mohd Najib Bin Razali dan Profesor Madya Dr. Nina Suhaity Binti Azmi telah mengadakan satu lawatan industri di Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (CSR), Shah Alam.
Pasukan penyelidik UMP telah diberikan taklimat berkenaan operasi kilang dan produk-produk yang dihasilkan.
Antara objektif lawatan ini adalah bagi meninjau potensi kerjasama projek penyelidikan dan geran industri di antara UMP dan CSR.
Semoga sesi lawatan ini dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

Sesi perkongsian oleh Profesor Madya Dr. Aizi Nor Mazila Ramli berkenaan hasil penyelidikan penggunaan sisa nanas sebagai medium tanaman cendawan di antara UMP dan pengarah-pengarah serta pegawai-pengawai LPNM seluruh malaysia. Seramai 40 orang terlibat di dalam sesi ini yang bertempat di Pekan Mushroom Resources sdn bhd yang juga rakan kolabrasi UMP dalam penyelidikan cendawan komersial di Malaysia. Hasil perkongsian ini diharap membawa impak besar dalam pemeliharaan alam sekitar dan juga isu keselamatan makanan di Malaysia.

On 17th January 2022, UNIK 2021/2022 has organized VIRTUAL RUN FIST 2022.
The main objective of this activity is to encourage a healthy lifestyle among FIST staff. A total of 14 staff have successfully completed the 5km run during the period 21th - 31 January 2022.
Prizes in the form of cash, medals and e -certificate were given to the winners and all 5KM finishers.
The winner of the men's category was won by Mr. Farid Jaafar while the women's category was won by Ms Nur Faziatun Dahalan.
Two lucky draw winners also were given to Madam Nurul Nadiah Hamidon and Dr Noor Suhana Adzahar.
Congratulations to all the winners and all the 5km finishers.
“A HEALTHY BODY LEADS TO A HEALTHY MIND”