FIST UMPSA

News & Events

Featured

Misi UMP-UI Ikatan Serumpun

Keberangkatan delegasi FSTI, UMP ke Indonesia bagi melaksanakan misi UMP-UI Ikatan Serumpun dari 12 hingga 14 Jun 2023. 10 pelajar dan 6 pensyarah FSTI terlibat dengan aktiviti Khidmat Masyarakat bersama Universitas Indonesia. Bersama barisan pengurusan Fakultas Kesehatan Umum, Dekan- Prof dr Mondastri Korib Sudaryo, Koordinator Pengantarabangsaan- Prof madya dr Indri Hapsani dll..serta barisan kepimpinan mahasiswa OSH (K3).

 

 

Featured

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI) MENERIMA LAWATAN DARI UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR), INDONESIA BAGI METERAI MEMORANDUM PERJANJIAN (MOA) UMP-UNAIR

SELASA, 30 Mei 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima lawatan dari Universitas Airlangga (UNAIR), Indonesia yang diketuai oleh Encik Novianto Edi Suharno (Pak Anto) mewakili Pengurusan UNAIR bersama enam (6) orang tenaga pengajar dan pegawai. Delegasi UNAIR disambut oleh Ahli Pengurusan FSTI dimulakan dengan sesi pengenalan dan pembentangan mengenai maklumat universiti serta fakulti masing-masing. Delegasi UNAIR hadir ke FSTI UMP bagi menjayakan program kerjasama dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang dimeterai melalui Memorandum Perjanjian (MoA) UMP-UNAIR.

Selepas sesi pengenalan, delegasi UNAIR telah dibawa melawat ke Makmal OSH FSTI antaranya, Makmal Industrial Hygiene, Makmal Ergonomik, Makmal Toxicology dan Makmal Ventilation & Air Pollution. Pada sesi petang pula, pihak FSTI telah menyusun pengisian program dengan menganjurkan “OSH Talk with UNAIR and UMP Part 2” bertempat Auditorium Perpustakaan, UMP Gambang.

Pengisian kemuncak lawatan UNAIR ke UMP adalah majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA yang telah berlangsung pada hari Rabu, 31hb Mei 2023 yang disempurnakan oleh Profesor Dato' Ts. Dr. Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor UMP bertempat di UMP Pekan. Turut hadir menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran dokumen MoA tersebut adalah barisan Ahli Pengurusan Tertinggi UMP dan Pengurusan FSTI.

 

Berita disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

Featured

Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP)

SELASA, 30 Mei 2023 – Sebagai persediaan ke arah Akreditasi Penuh MQA bagi Program Diploma Sains Industri (DRS),  Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah mengadakan satu Mesyuarat Panel Penasihat Industri (IAP) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama FSTI, UMP Gambang.  Ahli-ahli Panel Penasihat Industri (IAP) yang hadir ialah ChM. Mr. Meow Tzyy Kang, Laboratory Manager, Eco Laboratory Sdn. Bhd., Dr. Han Ming Gan, Director, Patriot Biotech Sdn. Bhd., Mr. Au Yon Wei Kiat, Plant Manager, UPC Chemicals (M) Sdn. Bhd.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Dekan FSTI dan dihadiri Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Ketua Program DRS serta para pensyarah program. Program DRS dijangka akan menerima Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh bagi program akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada 22 - 23 Jun 2023.

Berita disediakan oleh E. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

 

PROGRAMME-OSH TALK
Featured

PROGRAMME-OSH TALK

PROGRAMME-OSH TALK

Jom sertai !!!!

Tarikh : 30 Mei 2023
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Tempat : Auditarium Library, UMP Kampus Gambang

#OSHUMP#UMPMalaysia#FIST

Featured

PASUKAN PELAJAR FIST, UMP BERTANDING DI NMEPC 2022

MELAKA, 14 Mei 2023 - Pasukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang memperkenalkan idea prototaip Hand Obstacle Detector (HOD) dengan memfokuskan kepada penghasilan alat bantuan  berteknologi bagi kegunaan orang kurang upaya (OKU) ketika berjalan memenangi hadiah sagu hati bagi kategori Teknologi danInovasi di pertandingan National Micro Enterprise Pitching Competition (NMEPC) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersama institusi pengelola iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Pasukan pertama ini terdiri daripada pelajar Fakulti Sains Teknologi dan Industri (FSTI) iaitu Muhammad Fikri Firdaus Asmawi, Muhammad Haziq Syahmi Muhamad Asre dan Aiman AlHakim Mohd Rizal itu menawarkan solusi kepada golongan sasaran ini yang sering tidak dapat mengenal pasti halangan yang dihadapinya dan jarak yang tepat ketika berjalan.

Manakala pasukan kedua yang juga mewakili UMP turut meraih hadiah sagu hati bagi kategori seni dan kreatif apabila berjaya memperkenalkan idea prototaip botol minuman dengan reka bentuk yang fleksibel iaitu Combine bagi memberi solusi kepada pengguna yang inginkan kelainan fungsi pada botol minuman. 

Botol minuman ini juga menawarkan rekaan yang unik, mudah, menjimatkan dan praktikal.

Pasukan terdiri daripada pelajar FSTI, Muhammad Ismat Hadif Mohd Arshad dan  pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Wan Ashraf Wajdi Wan Zakaria dan Muhammad Amirul Hakim Zainal Abidin.

“NMEPC merupakan program keusahawanan peringkat nasional untuk melatih dan membimbing, serta melahirkan lebih banyak syarikat pemula (start-up) pelajar khususnya yang berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.

Terdapat 46 pasukan yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai Universiti Awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia mengikuti bootcamp dan beberapa siri bengkel lanjutan secara dalam talian sekitar bulan Mac hingga Mei 2023 dengan dibimbing oleh mentor industri kepada setiap pasukan pelajar.  

Disediakan oleh: Halizan Mahmood, Pusat Pembangunan Usahawan Kreatif (PUPUK) 

Featured

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI TERIMA KUNJUNGAN HORMAT SEKOLAH KEBANGSAAN SENTOSA, MARAN

18 MEI 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima kunjungan hormat Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sentosa, Maran yang terdiri daripada Guru Besar iaitu Encik Mohd Azrul bin Md Yusuf bersama empat (4) orang guru. Tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan jalinan kerjasama yang bakal dilakukan bersama dalam bentuk Memorandum Persefahaman (MoU) berkenaan dengan program Science, Technology, Engineering, and Mathematics (STEM) disamping merapatkan silaturahim antara kedua-dua institusi.

Delegasi SK Sentosa disambut oleh Pengurusan FSTI yang terdiri daripada Dekan, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar), Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), tiga (3) Ketua Program dan Penyelaras Dokumentasi Hubungan Luar.

 

Berita disediakan oleh Encik Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI

The 2nd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (iCIABC2023)
Featured

The 2nd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (iCIABC2023)

Call for Papers: 

The 2nd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (iCIABC2023)

The 2nd International Conference on Industry-Academia Initiatives in Biotechnology and Chemistry (iCIABC2023) aims to explore the latest advancements and exchange cutting-edge ideas in the fields of industrial biotechnology and chemistry. The conference theme is Advancement in Sequencing Technologies for Sustainable Industrial Biotechnology and Chemistry. It will cover a wide range of subthemes, including Microbiology, Green Technology and Renewable Energy, Environmental Sciences, Gene Technology, Molecular Biology and Bioinformatics, Food Technology, Agricultural Technology, Enzyme Technology, Biomaterials, Biosensor and Molecular Diagnostics, and Nanotechnology.

This highly anticipated conference, organized by the Faculty of Industrial Sciences and Technology (FIST) at Universiti Malaysia Pahang (UMP), in collaboration with Universitas Diponegoro, Indonesia, promises to be a game-changer in the world of biotechnology and chemistry research. The conference will bring together some of the brightest minds from around the globe, including academics, researchers, and industrial players.

 

Website: https://iciabc2023.ump.edu.my/index.php/about/overview

Youtube: https://youtu.be/0RFJKeZjur0

 

 

Postgraduate programs opportunity  @ FIST Webinar
Featured

Postgraduate programs opportunity @ FIST Webinar

Postgraduate programs opportunity:-

Master of Science in Chemical Analytics (MQA/PA15319) and Master of Science Occupational Safety and Health (MQA/FA1981

Featured

SESI LIBAT URUS NAIB CANSELOR BERSAMA FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI.

2 MEI 2023 – Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menerima kunjungan Yang Hormat Profesor Dato’ Ts. Dr Yuserrie bin Zainuddin, Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi menjayakan Sesi Libat Urus Naib Canselor Bersama FSTI.

Dalam ucapan amanatnya, Naib Canselor UMP telah memberi penekanan mengenai dua (2) perkara utama iaitu Komitmen Kewangan Universiti dan Objektif Strategik UMP yang dizahirkan melalui Pelan Strategik UMP 2021 – 2025 (UMP25). Selesai ucapan amanat tersebut, Naib Canselor UMP turut membuka ruang kepada warga FSTI untuk memberikan sebarang pandangan dan pertanyaan yang berkisar kepada hala tuju dan kamajuan untuk fakulti dan UMP di masa akan datang.

Sebagai rekod, seramai lebih kurang 80 orang staf FSTI yang terdiri daripada Ahli Pengurusan, staf akademik, staf teknikal dan staf pentadbiran telah hadir menjayakan sesi ini.

 

Laporan disediakan oleh En. Abd Razak bin Ja'afar, Eksekutif Kanan FSTI.

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang