“Beginner Course for Disability Management” Untuk Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri
“Beginner Course for Disability Management” Untuk Pelajar Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri
Pada 25 dan 26 November 2024, seramai 50 pelajar dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah menyertai “Beginner Course for Disability Management” anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Peserta adalah terdiri daripada pelajar tahun 2 dan 3 Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO) dan pelajar tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS).
Program ini merupakan satu initisatif dari Cawangan Return to Work (RTW), Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan (ES), Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP), PEKESO yang ditujukan khas kepada bakal graduan dari pelbagai bidang terutamanya yang sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, fisioterapi, terapi cara kerja, psikologi, kaunseling, sumber manusia, kerja sosial serta yang berkaitan dengan pengurusan hilang upaya. Sebagai salah satu daripada universiti yang menawarkan bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah dipilih oleh PERKESO sebagai salah satu penerima inisitatif ini.
Matlamat program ini adalah untuk mengembangkan bidang pengurusan hilang upaya di Malaysia. Beginner Course for Disability Management ini juga bersesuaian untuk diaplikasikan dalam program pembelajaran bagi pelajar di Universiti Awam dan Swasta sebagai nilai tambah (upskilling) berserta persijilan khas daripada industri (PERKESO) yang dapat membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan dalam alam pekerjaan di masa hadapan. Keseluruhannya, program ini memberi pendedahan komprehensif kepada pelajar mengenai konsep asas pengurusan hilang upaya, selain membekalkan mereka dengan pengetahuan praktikal yang selaras dengan keperluan industri. Kejayaan program ini diharapkan dapat menyumbang kepada perkembangan kerjaya graduan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta bidang berkaitan lain di masa hadapan.
#umpsasharing
#umpsamalaysia
#fistumpsa