CSR STEM FIST UMPSA ke SMK Sultan Abu Bakar
Program CSR STEM & Promosi Program Akademik, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, UMPSA ke SMK Sultan Abu Bakar
Masa: 12.00 tengah hari – 2.00 petang
Tarikh: 10 Jun 2025
Tempat: Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, Pahang.
Satu Program CSR Stem dan Promosi Program Akademik telah dijalankan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI), UMPSA ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar, Kuantan, pada 10 Jun 2025. Seramai lima orang pensyarah FSTI hadir menyertai program, Bersama dengan guru-guru dan 50 orang murid tingkatan 6 SMK Abu Bakar. Puan Norhayati Nordin selaku wakil jawatankuasa promosi program memberi penerangan ringkas mengenai sejarah ringkas UMPSA, lokasi kampus dan program yang ditawarkan di UMPSA dan di FSTI. Ketua teknikal, iaitu Dr Kamrul Fakir dan beberapa staff teknikal memberikan penerangan mengenai fasiliti yang terdapat di Makmal FSTI melalui sidang video secara langsung. Ketua dan wakil program memberikan penerangan mengenai maklumat program, syarat kelayakan dan peluang pekerjaan. Dr Nazikussabah memberikan penerangan mengenai program Kimia Industri, Dr Nurul Huda mengenai program Teknologi Bahan, Dr Nor Adila mengenai program Bioteknologi Industri dan Dr Wan Zaiton mengenai program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Pelajar- pelajar memberikan respon yang baik terhadap program ini, dan menyatakan minat untuk memilih program yang ditawarkan di FSTI.