Global Classroom For Genetic Courses
6 November 2025 | FSTI Global Classroom
Satu sesi Kuliah Bersama Pensyarah Industri telah diadakan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali untuk para pelajar Ijazah Sarjana Muda Bioteknologi Industri yang sedang mengambil kursus Genetics (BSB2122) secara atas talian. Sesi tersebut bermula pada jam 8 malam dan diisi oleh Dr Kumar Veerapen, Associate Director, Takeda Pharmaceuticals.
Tajuk kuliah beliau iaitu ‘Human Genetics as A Team Sport In Drug Discovery’ yang dihadiri oleh 10 pelajar. Sesi tersebut dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Dr. Ahmad Mahfuz bin Gazali diikuti oleh sesi kuliah oleh Dr Kumar Veerapen selama hamper 2 jam. Sesi soal dan jawab berlangsung sepanjang sesi dan para pelajar melakukan interaksi dengan Dr Kumar Veerapen sepanjang sesi tersebut. Dr Kumar Veerapen memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan bagaimana beliau menyambung pelajaran dan bekerja di luar negara. Selain itu, beliau juga memberi pendedahan berkenaan bagaimana genetik manusia digunakan dalam perubatan moden. Sesi tersebut diakhiri dengan sesi bergambar dan para pelajar bersurai pada jam 10 malam.
