Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) J Force, Pejabat Daerah Jerantut

Lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut yang terletak di Pejabat Daerah Jerantut telah diadakan pada 2 Jun 2022. Lawatan ini disertai oleh Ts Dr Azizan Bin Ramli, Dr Mohd Najib Bin Yacob, Dr Khairiah Binti Mohd Mokhtar dan Ts. Mohamad Ezuan bin Abdul Jalil bertujuan untuk mengetahui pengurusan pengoperasian Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Jerantut ketika bencana seperti banjir berlaku di daerah Jerantut. ASP Lim Meng Chea mewakili jawatankuasa pengendali PKOB Daerah Jerantut telah menerangkan keberkesanan sistem yang digunakan bagi pengurusan ketika bencana.

Sistem yang dikenali sebagai  J Force yang telah ditubuhkan atas initiatif staf pengendali PKOB ini merupakan idea yang sangat bernas bagi melancarkan pengurusan mangsa bencana. Sistem ini meletakkan semua pihak yang bertanggungjawab dalam pengurusan bencana seperti Pejabat Daerah Jerantut, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) di dalam satu platform yang sama bagi memudahkan komunikasi urusan pengumpulan data seperti jumlah mangsa, kapasiti pusat pemindahan, stok bantuan dan paras air sungai. Maklumat dan tindakan yang diambil akan dikemaskini dalam tempoh 1 hingga 4 jam dan data terakhir yang dikemaskini akan dikeluarkan pada pukul 10 malam setiap hari. Pada asalnya, sistem ini ditubuhkan bagi pengurusan bencana banjir tetapi setelah beberapa tahun melalui proses penambahbaikan, skop sistem ini diperluaskan kepada kejadian kecemasan lain seperti tanah runtuh dan kemalangan.

Sebagai kesimpulan, idea sistem ini berpotensi besar untuk diperluaskan dengan kolabarasi antara penyelidik UMP dan PKOB Daerah Jerantut.

 

Laporan ditulis oleh:-

Dr Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan FSTI.

 


Print   Email