Previous Next

LAWATAN KOLABRASI FEFIFO DAN PAYNET KE FAKULTI TEKNOLOGI SAINS DAN INDUSTRI, UMPSA

LAWATAN KOLABRASI FEFIFO DAN PAYNET KE FAKULTI TEKNOLOGI SAINS DAN INDUSTRI, UMPSA

Pada 4 Februari 2025, Fakulti Teknologi Sains dan Industri (FTSI), Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah menerima lawatan daripada wakil syarikat Fefifo dan PayNet sebagai sebahagian daripada kolaborasi dalam pelaksanaan projek keusahawanan sosial tanaman cendawan di bawah syarikat pelajar bernama HidroGreens yang dibiayai melalui University Social Enterprise Competition (USEC) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan penyelarasan oleh Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti Malaysia (MAKMUM),.

Lawatan ini telah diketuai oleh Prof. Madya Dr. Tan Suat Hian, pensyarah kanan di FSTI, serta Dr. Rusnifaezah Musa dari Fakulti Pengurusan Industri (FPI), yang berperanan sebagai penasihat utama projek HidroGreens. Sesi ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik antara pihak universiti dan rakan industri untuk memajukan teknologi pertanian moden di kalangan pelajar.

Semasa sesi lawatan, perbincangan telah diadakn berkenaan penggunaan sistem penanaman cendawan moden dan efisien, pengendalian dan pengurusan ladang cendawan, termasuk teknologi IoT dan kaedah penanaman mesra alam. Selain itu, latihan dalam aspek pemasaran dan pengurusan perniagaan turut dibincangkan bagi memastikan kejayaan jangka panjang projek ini.

Dr. Omar Jamaludin, Pengarah Pusat Pembangunan Keusahawanan Kreatif UMPSA, dalam ucapannya menyatakan bahawa projek ini bukan sahaja memberikan nilai tambah kepada pelajar B40, tetapi juga menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), termasuk Tiada Kemiskinan, Kelaparan Sifar, dan Pendidikan Berkualiti.

Pihak fakulti merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil Fefifo dan PayNet atas komitmen mereka dalam membimbing pelajar UMPSA melalui kolaborasi ini. Projek HidroGreens diharapkan mampu menjadi platform inovasi yang mendorong keusahawanan sosial yang lebih mampan dan inklusif di Malaysia.

#umpsasharing

#umpsamalaysia

#fistumpsa

#fistumpsagemilang

#jommasukfistumpsa

Disediakan oleh;

Prof Madya Dr. Tan Suat Hian dari Fakulti Industri Sains dan Teknologi


Print   Email