Sesi Perkongsian Program ‘Moh Sambung Master & PhD @ FIST!’
Hits: 60
5 Februari 2025 | UMPSA Kampus Gambang
Satu program sesi perkongsian ‘Moh Sambung Master & PhD @ FIST! telah diadakan secara atas talian dari jam 2.30 petang sehingga 3.30 petang. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dalam meningkatkan kesedaran akan program-program Sarjana dan PhD yang ditawarkan kepada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Sains dan Teknologi Industri.
Penceramah yang terlibat dalam menjayakan program ini adalah Ts. Dr. Azizan Bin Ramli (Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Dr. Nurlin Abu Samah (Ketua Program Sarjana dan Pengembangan Ilmu), dan Dr. Junaidah Zakaria (Penyelaras Program Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan).
Kandungan taklimat adalah berdasarkan kepada variasi program yang ditawarkan iaitu program sarjana mod campuran iaitu Sarjana Sains Analitik Kimia; program sarjana mod kerja kursus iaitu Sarjana Sains Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan program sarjana dan PhD bagi mod penyelidikan. Pelajar yang bakal menjalani latihan industri ini telah pun diberi taklimat bagi menarik minat mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Latest News
21 February 2025
03 February 2025