Mesyuarat Penyelarasan Program “Citizen Scientist” Bersama Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Kuantan
23 April 2025 | Kuantan
Mesyuarat Penyelarasan Program “Citizen Scientist” Bersama Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Kuantan
Satu mesyuarat penyelarasan bagi program “Citizen Scientist” telah diadakan bersama Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) bertempat di pejabat jabatan tersebut pada 23 April 2025.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelaksanaan program yang bakal melibatkan kerjasama antara pihak FSTI dan MBK dalam memperkasa peranan komuniti sebagai Citizen Scientist dalam pemantauan alam sekitar.
Perbincangan turut merangkumi pelaksanaan aktiviti lapangan, penglibatan pelajar dan komuniti setempat serta perkongsian data bagi tujuan penambahbaikan kelestarian bandar.
Program ini dijangka memberi impak positif dalam membina kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar dan menggalakkan penglibatan aktif dalam inisiatif pembangunan mampan di peringkat tempatan.