Previous Next

PROGRAM MOBILITI, GLOBAL SAFETY: EXPLORING OSH ACROSS BORDER, SURABAYA INDONESIA

PROGRAM MOBILITI, GLOBAL SAFETY: EXPLORING OSH ACROSS BORDER, SURABAYA INDONESIA

Program Mobiliti, Global Safety: Exploring Osh Across Border, Surabaya Indonesia telah dijalankan pada 25 September sehingga 1 Oktober lalu. Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Akademik, JHEPA ini disertai oleh 20 orang pelajar serta 2 orang pensyarah pengiring daripada Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di bawah Fakulti Sains dan Teknologi Industri. Program ini dijalankan di tiga lokasi utama di Jawa Timur, Indonesia, iaitu Daerah Surabaya, Malang dan Probolinggo. Lokasi ini dipilih untuk menawarkan pelajar dengan aktiviti yang bersesuaian dengan objektif dan tujuan program.

Program ini disambut dengan jemputan dari pihak Universitas Airlangga, Indonesia (UNAIR) dalam program sesi perkongsian ilmu dan pengalaman industri kepada pelajar-pelajar program KKP / Keselamatan Kesehatan Kerja (K3) UNAIR-UMPSA oleh Dr Norwahida Yaakub. Pihak UNAIR telah menawarkan peluang untuk mengadakan perkongsian ilmu industri dengan mengadakan lawatan bersama di kawasan Perindustrian di Indoprima Gemilang Plant 5, Gresik Surabaya. Lawatan industri ini memberi banyak pendedahan kepada pelajar dari segi budaya kerja masyarakat Indonesia, proses kerja kilang pembuatan, pelaksanaan KKP. Program yang berlangsung di UNAIR ini merupakan kesinambungan usahasama yang hampir 3 tahun terjalin di antara kedua-dua universiti dalam program KKP ini.

Aktiviti ‘Corporate Social Responsibility (CSR)’ juga telah dijalankan di Masjid Jami’ Al-Ishlah serta Pusat Tadika, TK Muslimat NU 26 Al Qodriyah di Krajan Mangliawan Kecamatan Pakis, Kabupaten Malang. Peserta program telah bekerjasama untuk membersihkan Masjid Jami’ Al-Ishlah dan juga mengecat Pusat Tadika Al- Qodriyah. Ini merupakan inisisatif yang memupuk semangat kesukarelawan dan membentuk sahsiah diri pelajar yang prihatin.

Sebagai penutup program, Kesemua delegasi menyertai ekspidisi ke Air Terjun Madakaripura, Bukit Penanjakan dan Kawah Bromo. Ekspidisi ini memberi peluang untuk merasai keindahan alam secara dekat dan mencabar diri secara fizikal. Dengan melawati ketiga-tiga lokasi, pengembara mendapat pengalaman yang menyeluruh yang menggabungkan pengembaraan, alam semula jadi, dan penerokaan budaya.

Program ini telah memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pertukaran budaya, membolehkan peserta mendalami tradisi Jawa dan berinteraksi dengan penduduk tempatan. Peserta juga mendapat manfaat daripada perkembangan peribadi, penguasaan bahasa, dan membina perspektif global. Selain itu, mereka dapat meneroka tarikan di Surabaya, memperkayakan pengalaman keseluruhan dengan pengembaraan dan pelancongan.

 

 


Print   Email