FIST UMPSA

News & Events

Co-Lecture for BSF1222 : Industry Safety Management

3 Disember 2025 | FIST Co-Lecture

𝐂𝐎-𝐋𝐄𝐂𝐓𝐔𝐑𝐄 𝐅𝐎𝐑 𝐁𝐒𝐅𝟏𝟐𝟐𝟐 : 𝐇𝐀𝐙𝐀𝐑𝐃 𝐈𝐃𝐄𝐍𝐓𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍, 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐀𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐌𝐄𝐍𝐓 & 𝐑𝐈𝐒𝐊 𝐂𝐎𝐍𝐓𝐑𝐎𝐋

Satu sesi co-lecture bagi kursus BSF1222 Industry safety Management telah berlangsung pada hari ini di ZDK-010 pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi. Pensyarah kursus, Dr. Aishah binti Mohd Marsin telah menjemput penceramah yang arif dalam bidang berkaitan kursus iaitu Encik Muhammad Farahi bin Mokhtar, Senior Manager di Global Performance Training Consultancy. Selama 2 jam, peserta yang terdiri daripada pelajar BSF 1222 iaitu seramai 61 orang yang terdiri daripada pelajar tahun 1 sehingga 3 program bioteknologi industri (BSB), industri kimia (BSK) dan Sains bahan (BSP) fokus terhadap penyampaian daripada penceramah.

Pelajar telah didedahkan dengan HIRARC dan diberikan penilaian berdasarkan case study yang diberikan. Semoga dengan sesi co-lecture yang telah berlangsung pada hari ini dapat memberikan manfaat dan impak serta pendedahan kepada pelajar mengenai teori kursus dan kaitan dengan industri di luar. Program telah selesai pada jam 10.00 pagi dan diakhiri dengan penyampaian saguhati serta sesi bergambar bersama pelajar.

#UMPSAMalaysia

#umpsasharing

#fistumpsa

#jommasukfistumpsa

#StudyAtUMPSA

#UMPSA

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang