FIST UMPSA

News & Events

Selamat Datang Pelajar Ijazah Dual KazNARU-UMPSA
Featured

Selamat Datang Pelajar Ijazah Dual KazNARU-UMPSA

13 November 2023 | Kuantan -

UMPSA menerima 2 pelajar, Zhaniya Serikova dan Danil Akshimbayev dari Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) di bawah program kerjasama Ijazah Dual UMPSA-KazNARU. Kedua - dua pelajar akan menjalani program ini selama satu tahun bersama pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian (BSB) pada Sesi Akademik 2023/2024.

Pihak Pengurusan UMPSA, JHEAA, JHEPA, FSTI, PKSA dan PUHA mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Maju Jaya.

Featured

PROGRAM SULAM “ UMPSA SAFETY COUNSELORS HELPING HAND : INDUSTRIAL RISK MANAGEMENT”

Program Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) diperkenalkan Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT) merupakan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggabungkan objektif pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti yang melibatkan pelajar berinteraksi dengan komuniti bagi menyelesaikan permasalahan setempat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang mereka pelajari di bilik kuliah.

Perlaksanaan pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah penting bagi memastikan prestasi pekerja dan keselamatan di tempat kerja berada dalam keadaan selamat. Kesedaran pekerja dan majikan terhadap kesedaran pekerja dan majikan terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dilihat masih lagi lemah terutamanya dalam pengaplikasian aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan semasa berkerja. Secara dasarnya pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di industri adalah komponen utama dalam segala aspek rutin pekerjaan yang telah dituntut mengikut perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. 1994 (AKKP 1994). Namun begitu, masih terdapat industri yang memerlukan bimbingan dalam peningkatan ilmu asas dan kesedaran pengurusan keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja.

Bagi membimbing pekerja dalam pengurusan KKP ini, Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS) melaksanakan Program  SULAM “ Umpsa Safety Counselors Helping Hand : Industrial Risk Management” bagi memberi pendedahan kepada pengurusan risiko ditempat kerja bersama pihak industri.

Hadir dalam program, Timbalan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Dr Mohd Fazli Farida Asras, Wakil Pengurus En Muhammad Syukri bin Shafie dan Pengarah program, Dr Afiza bin Abdullah Suhaimi. Antara yang terlibat adalah pelajar BPS dari kursus Hazard Recognition and Risk Management (BPS1143), staf dan pekerja-pekerja di Serandu Aquaponic System Sdn Bhd, Kuantan. Pelajar dan pekerja telah melaksanakan program penilaian risiko (HIRARC) seperti kenalpasti hazard, penarafan risiko dan kawalan risiko di tempat kerja dengan jayanya. Semoga kejayaan program SULAM ini dapat membantu para pekerja di Serandu Aquaponic System Sdn Bhd dalam pengurusan risiko sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Berita disediakan oleh Cik Nur Fazhilah Binti Abdul Razak, Pensyarah Program Diploma OSH FSTI.

FIST Postgraduate Workshop 4.0 No 3/2023 Proposal Defence and Pre-Viva: Recommendations and Expectations.
Featured

FIST Postgraduate Workshop 4.0 No 3/2023 Proposal Defence and Pre-Viva: Recommendations and Expectations.

On 7th November, FIST Postgraduate Workshop 4.0 No 3/2023 titled "Proposal Defence and Pre-Viva: Recommendations and Expectations" was held. Ts. Dr. Anida Binti Abdul Aziz and Ts. Dr. Shamsul Bin Zakaria were the speakers, with 30 postgraduate students in attendance. Dr Hanida shared valuable insights and practical strategies to enhance the effectiveness of proposal defence. Dr Shamsul’s presentation provided invaluable tips and tricks to help students prepare for their pre-viva assessments.

Additionally, some of the students had the opportunity to share their experience during proposal defence. This workshop served the students with essential insights of the crucial stages of their postgraduate journey.

Berita disediakan oleh Dr. Aini Norhidayah binti Mohamed, Pensyarah FSTI

Featured

Program gotong-royong stor makmal FSTI

Program gotong-royong stor makmal telah diadakan pada 13 Oktober 2023, hari Jumaat melibatkan kesemua 4 orang staf teknikal di bawah Kluster Perolehan dan Pengurusan Stor. Program rutin tahunan ini melibatkan kesemua stor di makmal melibatkan Stor Bahan Kimia, Stor Bekalan dan Stor Gas.

Objektif gotong-royong ini diadakan adalah untuk mengemas dan membersihkan stor bagi mewujudkan persekitaran stor yang tersusun dan kondusif. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menghasilkan tempat kerja yang lebih selamat bagi staf dan mengurangkan risiko kecelakaan daripada berlaku.

Gotong royong dimulakan dengan aktiviti penambahan stok baharu ke dalam rak sediada, menyusun atur stok sediada, pengasingan stok yang rosak dan untuk pelupusan serta kerja-kerja pembersihan yang berkaitan.

Kesimpulannya, program seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan staf.  Program ini akan sentiasa diteruskan mengikut perancangan seperti yang telah ditetapkan dalam kalendar perancangan tahunan kluster.

 

Berita disediakan oleh Kluster Pengurusan Perolehan, Unit Teknikal FSTI

Featured

Selamat Maju Jaya, Program Ijazah Dual UMPSA-KazNARU

5 November 2023 | Kuala Lumpur - 2 pelajar, Nicholas Khoo Jyh Shen dan Lim Yeow Hong dari Program Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan Bioteknologi Industri dengan Kepujian, Fakulti Sains dan Teknologi Industri UMPSA telah berangkat ke Almaty, Kazakhstan bagi menjalani program Ijazah Dual di Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama satu tahun pada Sesi Akademik 2023/2024.

Turut sama mengiringi pelajar ialah Dr. Mohd Fazli bin Farida Asras, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) dan Prof. Madya Dr. Saifful Kamaluddin bin Muzakir @ Lokman, Pensyarah Kanan FSTI serta ahli keluarga kedua-dua pelajar.

Pihak Pengurusan UMPSA, JHEAA, JHEPA, FSTI, PKSA dan PUHA mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua pelajar. Semoga menimba ilmu dan pengalaman sepanjang di Kazakhstan.

Berita disediakan oleh Dr. Mohd Fazli bin Farida Asras, Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar),  FSTI

Abstract Submission Deadline is Extended to 15th November 2023- [SCOPUS indexed Journal]- 4th IKMPB Online Symposium 2024 on "PLACING CHEMISTRY IN THE SUSTAINABILITY FORMULA"
Featured

Abstract Submission Deadline is Extended to 15th November 2023- [SCOPUS indexed Journal]- 4th IKMPB Online Symposium 2024 on "PLACING CHEMISTRY IN THE SUSTAINABILITY FORMULA"

Assalamualaikum and Good Day,

Dear Dato' Sri / Datin Sri / Dato' / Datin / Prof. / Assoc. Prof. / Dr. / Mr. / Mrs. / Ms.,

Good News...

In response to some requests, the final deadline for the Extended Abstract for the 4th IKMPB Online Symposium 2024 on "PLACING CHEMISTRY IN THE SUSTAINABILITY FORMULA" has been extended to 15 November 2023!

The 4th IKMPB Online Symposium 2024 aims to foster research connections across universities and industries, particularly in the field of chemistry. We cordially invite you to submit extended abstracts by 15th November 2023. Successful abstracts will be considered for full paper submission by 15th December 2023.
[16:45, 30/10/2023] UMP - Dr. Zamani: Accepted full papers will be published in a Special Issue of the Malaysian Journal of Chemistry (SCOPUS indexed) and will be presented during the online symposium on January 27th, 2024.

Kindly direct any inquiries to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
website: https://ikmpbsymp.wixsite.com/ikmpbsymposium2024 or http://bit.ly/ikmpb2024

Registration and submission abstract
click here
https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLSeNcUuAdKRcfwa5_yMAkbUgrkOJeihbWwIF7iNZrcGlV35ctA/viewform?usp=send_form&pli=1
https://docs.google.com/forms/u/0/d/e/1FAIpQLSeNcUuAdKRcfwa5_yMAkbUgrkOJeihbWwIF7iNZrcGlV35ctA/viewform?usp=send_form&pli=1


Thank you for your attention, and we look forward to your participation.

Sincerely,
Promotion Committee
4th IKMPB Online Symposium 2024
Institut Kimia Malaysia Pahang Branch

Featured

Penganjuran Seminar ‘OSH From The Perspective of Spirituality and Religiosity’

Satu program seminar atas talian bertajuk “OSH from the Perspective of Spirituality and Religiosity” telah dianjurkan oleh Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) pada 25 Oktober 2023 dengan kerjasama University of Darussalam Gontor (UNIDA). Program ini adalah salah satu usaha kerjasama antara kedua-dua pihak dalam pengajaran dan pembelajaran, serta penyelidikan rentetan daripada “Letter of Intent” yang telah ditandatangi oleh Dekan FSTI UMPSA dan Dekan Fakulti Sains Kesihatan UNIDA. Seminar ini telah dirasmikan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Pascasiswazah, Dr Azizan bin Ramli diikuti dengan ucapan daripada Timbalan Rektor 3 UNIDA, Dr. Khoirul Umam. Penceramah jemputan khas daripada UNIDA iaitu Prof. Dr. Hamid Fahmy Zarkasyi (Rektor UNIDA) telah membuka tirai seminar dengan perkongsian bertajuk ‘Islamization of Science & Technology’.

Sesi perkongsian oleh 3 orang penceramah jemputan dari UMPSA mengetengahkan topik ‘Work-life Balance Through Holistic Fatigue Management’, ‘Procedures for Managing Metaphysical Disturbances in the Workplace’ dan ‘Behavioural Safety and Islamic Values’ yang disampaikan oleh Dr. Mohd Shahril bin Abu Hanifah, Profesor Madya Dr. Mahyuddin bin Ismail dan Dr. Junaidah binti Zakaria. Manakala, 2 orang penceramah jemputan dari UNIDA iaitu Dr Sisca Mayang Phuspa dan Eka Rosanti menyampaikan topik ‘Islamic Coping Strategies to Overcome Burnout’ dan ‘Agricultural Safety and Health from Islamic Perspectives’. Program yang mengetengahkan satu aspek berbeza iaitu kerohanian dan keagamaan dalam aplikasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja ini adalah permulaan kepada kerjasama inisiatif-inisiatif yang lain seperti penganjuran Microcredential Global Classroom (MCGC), pembangunan Modular Courses TVET Online (MCTO), Microcredentials (MC), Microcredentials Industry (MCI) dan kerjasama penyelidikan bertaraf antarabangsa yang menyokong Teras Strategik 1A: Graduan Holistik, dan 6A: Jaringan Industri dan Masyarakat Antarabangsa di dalam Pelan Strategik Universiti Malaysia Pahang 2021 – 2025.   

 

Berita disediakan oleh Dr. Khairiah binti Mohd Mokhtar, Pensyarah Program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian FSTI.

Featured

BENGKEL MICRO-CREDENTIAL FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI INDUSTRI (FSTI)

Pada 2 hingga 4 Oktober 2023 yang lalu dan bertempat di Blok V, UMPSA Kampus Gambang, Jawatankuasa Pembangunan Pengajaran dan e-Pembelajaran Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) telah menganjurkan Bengkel Micro-Credentials yang telah dihadiri oleh 25 orang pensyarah FSTI dari pelbagai latar belakang program.

Bengkel ini bertujuan memberikan pendedahan kepada  Subject Expert Panel mengenai kaedah dalam membangunkan kursus Micro-Credentials bagi mendukung aspirasi Pelan Strategik UMP25 ke arah pendigitalan kandungan akademik universiti. Sasaran sebanyak 20 kursus Micro-Credentials akan siap dibangunkan dan dimuatnaik ke dalam platform Tinta menjelang Julai 2024.

Bengkel dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Timbalan Dekan (Akademik & Hal Ehwal Pelajar), Dr Mohd Fazli bin Farida Asras, dan diikuti oleh sesi perkongsian oleh Dr. Lee Chin Mei yang merupakan penerima Anugerah Micro-Credentials Terbaik UMPSA pada tahun 2022 yang bertajuk “Creating the story board for your Micro-Credentials” dan “How to insert MC into Tinta”. Sesi perkongsian dilanjutkan oleh Ts. Dr. Muhammad Hafiz bin Mazwir bertajuk “How to source your materials” dan diikuti oleh sesi bertajuk “How to record and edit your video” yang disampaikan oleh Ts. Muhammad Adam Lee bin Abdullah. Pada program tersebut, peserta juga berpeluang untuk membangunkan kandungan digital mereka secara terus di Studio i-Learn, UMPSA Kampus Gambang. Rata-rata peserta kelihatan sangat teruja dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang program dijalankan. Diharapkan semoga program sebegini dapat memberikan impak yang positif dan juga mencetuskan momentum di kalangan peserta dalam membangunkan kursus Micro-Credentials seperti yang disasarkan.

Berita disediakan JKK Pembangunan Pengajaran dan e-Pembelajaran FSTI

 

Featured

PROGRAM MOBILITI JOINT CLASS RISK MANAGEMENT PROGRAM KE UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR)

PROGRAM MOBILITI JOINT CLASS RISK MANAGEMENT PROGRAM KE UNIVERSITAS AIRLANGGA (UNAIR) – UMPSA 2023 telah berlangsung pada 7 sehingga 12 Oktober  lalu disertai oleh 5 orang pelajar daripada Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Fakulti Sains Teknologi dan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan (UMPSA). Program ini telah diiringi oleh dua orang pensyarah, Pn Nurfazhilah binti Abdul Razak dan Dr Mirta Widia. Program ini juga turut disertai oleh pelajar-pelajar dari negara Thailand iaitu Prince Songkla Universiti (PSU). Program ini merupakan kesinambungan usahama yang hampir 3 tahun terjalin antara kedua-dua universiti ini berganding bahu dalam program mobility pelajar, pensyarah jemputan dan lain-lain.

Pelajar-pelajar berpeluang menyertai Seminar Nasional 2023 anjuran Fakulti Vokasi, Universitas Airlangga pada 8 Oktober 2023. Pelajar didedahkan dengan ilmu yang berkaitan dengan pengurusan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditawarkan oleh university tersebut. Pembentangan daripada wakil UMPSA oleh Dr Mirta Widia di dalam program ini juga banyak memberi pendedahan kepada pencegahan kemalangan yang melibatkan faktor manusia dalam merealisasikan Revolusi Industri 5.0. Turut berkongsi mengenai pengurusan industrial hygiene yang melibatkan penyakit pekerjaan oleh Ketua Industrial Hygienist di ExxonMobil Cepu Limited, Encik. Susatyo Adi Wibowo. Turut membanggakan apabila seorang pelajar UMPSA daripada ratusan pelajar iaitu Muhammad Adam bin Arman telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan kuiz di dalam seminar tersebut.

Selain itu, pelajar program ini juga telah dibawa ke industri melalui program lawatan industri yang melibatkan syarikat minyak & gas iaitu Saka Indonesia Pangkah Limited pada 9 Oktober yang merupakan anak syarikat Pertamina Gas Negara. Pelajar-pelajar telah didedahkan pengurusan program kesihatan dan keselamatan pekerjaan di syarikat tersebut dalam pengurusan risiko secara digitalisasi. Pelajar-pelajar berpeluang menyaksikan secara langsung operasi penghasilan minyak di syarikat ini.

Semua peserta juga bertuah berpeluang secara kebetulan menyertai Seminar “Artificial Intelligence for Community Development” di 5th International Conference on Vocational Innovation and Applied Sciences (ICVIAS 2023) anjuran UNAIR pada 10 Oktober. Seterusnya, jemputan seminar dalam sesi perkongsian ilmu antara pensyarah UMPSA, Dr Mirta di dalam seminar Systematic Literature Review juga telah berlangsung selepas tamat seminar ICVIAS 2023. 

Pada 11 Oktober, pelajar-pelajar telah menyertai dua kelas bersama dengan pelajar UNAIR yang lain serta bersama dengan pertukaran pelajar daripada negara Thailand iaitu Prince Songkla Universiti menerusi kelas OSH Risk Management dan Hazardous Waste Management. Kedua-dua subjek ini diajar oleh dua orang jemputan pensyarah dari UMPSA dan PSU iaitu Pn Nurfazhilah dan Dr Shahariar Chowdbury dalam sesi perkongsian masing-masing. Pelajar-pelajar sangat aktif dalam penglibatan sewaktu sesi soal jawab dan mengemukakan idea. Pelajar didedahkan perbezaan aplikasi antara ketiga-tiga negara dalam pengurusan risiko dan pengurusan pengendalian bahan kimia di tempat kerja.

Pelajar pulang ke Malaysia pada 12 Oktober, sekitar jam 10.00 pagi waktu tempatan. Program sepanjang 5 hari ini banyak memberi pendedahan perbezaan dalam applikasi pengurusan risiko di tempat kerja selari dengan capaian objektif program ini. Semoga hubugan usahama antara dua negara ini dapat diteruskan dengan jaringan kerjasama terutama dalam program akademik, penyelidikan dan sebagainya.

 

Berita disediakan oleh Pn Nurfazhilah binti Abdul Razak, Pensyarah Program Keselamatan dan Kesihatan FSTI

Image
— Contact
Faculty of Industrial Sciences and Technology, UMPSA
26300 Gambang
Pahang