Lawatan Penanda Aras Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains dan Teknologi Industri ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya
Pada 07 Julai 2025, delegasi dari Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Fakulti Sains dan Teknologi Industri telah melakukan lawatan penanda aras ke Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Cyberjaya (UoC). Lawatan penandaarasan adalah salah satu usaha untuk memperkukuh kualiti pengajaran dan pembelajaran bagi menilai kekuatan dan ruang penambahbaikan Program OSH. Delegasi Program OSH terdiri daripada Dr. Mohd Shahril Bin Abu Hanifah, Ketua Program Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan Kepujian (BPS), Dr. Nurud Suria Suhaimi, Ketua Program Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DRO), Dr. Junaidah Zakaria, Penyelaras Program Sarjana Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MPS), dan Dr. Mohd Khairul Izamil Zolkefley, Penyelaras Program Separuh Masa (SBPS). Pihak UoC diwakili oleh Prof. Madya Dr. Rosli Abdul Rahman, Dekan Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, dan Dr. Ayuni Nabilah Alias, Timbalan Dekan Fakulti Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.