24 December 2025 - Seramai 45 orang pelajar program Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Fakulti Sains Teknologi dan Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), telah menyertai lawatan industri ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan langsung kepada pelajar tentang elemen keselamatan dan operasi dalam industri penerbangan, sambil menekankan kepentingan keselamatan penerbangan sebagai tulang belakang kepada keberkesanan dan kelangsungan industri ini. Program ini turut dijayakan dengan kehadiran Ketua Unit Sekuriti & Keselamatan (AVSEC) Cawangan Kuantan, Tn Inps Zamri Bin Ab Latif dan Pegawai Operasi Penerbangan, En Mohd Shahril Abdul Karim.
